Tuesday 11 November 2014

TaRiK-TaRiK Jadi Mee

Mee Tarik Warisan di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi. Cawangan ke 5 yang baru di buka di Bandar Baru Bangi. Ceria sangat dekorasi kedai nie yang berwarna hijau muda. Kedai nie berhadapan dengan Restoran Haslinda . Pada 11 November 2014 ( Selasa ), kami menjejakkan kaki melangkah ke sini. Pemandangan dari luar memang cukup menarik dan ceria jer kedai nie. Dilimpahi dengan cahaya dan berdindingkan warna hijau muda memang sangat cantik dan sesuai sangat hihiii... : )

Kami juga pernah makan Mee Tarik Warisan di cawangan Sungai Besi. Boleh baca di link nie http://miesha-jept.blogspot.com/search?q=mee++tarik+warisan
Pemandangan kedai dari luar ; )
Sila pilih menu yer, harga berpatutan dan rasa sangat sedap.




Ahmadenijad sedang guna chopstick makan mee. Action jer lebih guna chopstick, lepas tuu tukar garfu la pulak sebab asyik tak dapat jer mee tu masuk dalam mulut hahahaaa... ; )
Air sirap kepunyaan Ahmadenijad dan A'shadieeyah.



Air sirap ais dan teh O ais ... lega rasa tekak : )



Mee tarik yang berkuahkan daging nie kepunyaan abah.


Nie Ahmadenijad punya mee tarik ; )

Ini ummi yang punyer tapi asyik kena kebas dengan Ahmadenijad pulak.



Licin semua air dalam gelas dan makanan masih lagi bersisa. Ahmadenijad sedang berusaha untuk menghabiskan kesemua mee nie. Chaiyook ... chaiyook ... Ahmadenijad boleh : )





6 comments:

Jari Manis said...

Miesha..email alamat ke JM boleh?

Jari Manis said...

macam mana rasanya..sesedap di sungai besi tak..dulu pernah mn di Guilin dan Guangzhou..mmg SEDAP!!! hari2 mkn

Cik Rose said...

Assalamualaikum kak .. Salam perkenalan dari Ros.. Menggoda sungguh mee tu.. Nampak banyak juga satu hidangan...

miesha said...

~JM~
Rasa sama jer macam kat sungai besi tu : )
Cuma kat Bangi nie, suasana kedainya nampak ceria sikit. agaknya sebab cat dinding yang ceria gitu..hijau

miesha said...

~ros_reeza~
Waalaikumusalam : )
Salam perkenalan juga dari saya. mmg sedap mee nie dan banyak...kenyang : )

Anonymous said...

peeeeewit da bukak di bbb.. harus pergi insyallah cny ni nak balik sana. rinduuunya mee tarik. CT penah makan yang di sg besi jugak. kalo rindu makanan china mmg pegi ke sinilah..
dah ada di bbb xyah la ke sg besi da..

seksyen 8 tu atas sikit dari tempat yg ada jpj kan..

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...