Wednesday 7 January 2009

PALESTIN


Muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini 7 Januari 2009 menunjukkan mayat seorang kanak-kanak perempuan yang hanya nampak kepala ditemui di bawah runtuhan rumahnya yang musah disebabkan oleh serangan tentera zionis yang kejam di Gaza (Gambar di atas; Utusan Malaysia; 7 Jan 09).

Bila saya melihat muka depan akhbar pada pagi ini, hati saya rasa teramat sayu dan sedih melihat kanak-kanak yang tidak berdosa ini mati ditangan tentera yang kejam dan tidak berhati perut langsung. Mereka (Yahudi) langsung tidak menunjukkan belas kasihan terhadap sesama manusia. Menyerang orang awam, wanita dan kanak-kanak sesuka hati, memusnahkan tempat kediaman dan pelbagai lagi kedukaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin. Malahan, telah membuat sekatan keatas bantuan ubat-ubatan, air bersih dan makanan, ia turut menambahkan lagi kesengsaraan penduduk Palestin.

Kadang kala saya malas nak baca surat khabar kerana saya tak sanggup melihat dan membaca cerita mengenai Palestin dan kesengsaraan kehidupan mereka yang berpanjangan. Teramat pedih rasanya mata ini memandang kesengsaraan mereka, tetapi berat lagi bahu rakyat Palestin memikulnya. Bersamalah kita berdoa semoga mereka selamat dan terlepas dari kesengsaraan yang ditanggung tersebut.

Oleh itu, sama-samalah kita memboikot produk-produk milik / penyokong Yahudi. Senarai barangan tersebut boleh dilihat melalui laman "Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)" http://www.muslimconsumer.org.com


2 comments:

Anonymous said...

Ya, memang menyayat hati. Aku turut tersentuh melihat gambar seorang bapa yg meratapi pemergian 3 anak kecil nya. Aku berdoa, semoga Allah segera turun kan bala ke atas kekejaman rejim zionis ini. Ya Allah, tamatkan lah kesengsaraan rakyat di Palestin ini. Amin.

Anonymous said...

Saya pernah merasa kehilangan anak kesayangan saya pedih perit..jantung gugur, orng keliling tuduh macam2 namun itu semua dugaan dari Allah swt kepada hambanya...tapi seorng bapa kehilangan anaknya yang 3 orng tu memang saya takdapat bayangkanlah....

Actuallykan ...kita dok cakap psal kita berdoa...apa OIC dah buat...apa org2 Arab yang gagah perkasa lagi kaya raya tu buat...tak membantu ummmat sendiri ke? Saya ni sebenarnya terbakar jugak...tapi apakan daya...setakat boleh cakap berapi2 saja....Allah tu takkan membantu sesuatu umat tu kalau ummat tu sendiri taknak membantu kaum depa sendiri...cam ni la kita boleh berdoa dan terus berdoa...tapi sampai bila...nak gak tengok kita hantar askar kita pergi berjuang....ada berani??? Perkataan Jihad makin jauh dari kita kan Miesha...???!!! AINA JUNDUL MUSLIMIN!!??? ALLAHUKHBAR!!

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...