Perancangan untuk ke Kuantan, telah dirancang awal dan tempahan bilik juga telah dibuat. Perancangan awal, kami akan bertolak ke Kuantan pada hari Jumaat petang pada 25 Jun 2010. Tapi disaat akhir perancangan berubah kerana saya ada meeting pulak pada 26 Jun 2010. Maka, Abah dan Mak Tok kepada Ahmadenijad gi la terlebih dahulu dari kami memandangkan tempahan bilik telah dibuat. Terpaksa laaa...saya dan Ahmadenijad gi Kuantan pada hari Sabtu selepas saya habis meeting. Saya dan Ahmadenijad menumpang kereta kak teh sekeluarga.Sampai di Kuantan pun dah lewat petang.
Malamnya, kami tak bercadang pun nak keluar, hanya ingin menikmati alunan suara penyanyi-penyanyi yang membuat persembahan di Lobby Hotel. Lepas ambil gambar di sekitar Lobby Hotel yang berlatar-belakangkan penyanyi-penyanyi tersebut, tergerak lak nak pergi makan. Kami pun mencari laaa mana-mana gerai makan yang terdapat disekitar hotel berkenaan. Alahaiiii...gerai yang kami pilih amatlah teruk perkhidmatan yang diberikan, LEMBAB sangat... tak sedap lak tuuu... ramai juga pengunjung yang datang ke kedai tersebut, terus balik jer bila lama sangat dah duduk tapi tak dilayan. Nasi yang saya order pulak MENTAH...huhuuuu...
Di Lobby Hotel dengan berlatar belakangkan penyanyi-penyanyi yang sedang buat persembahan.
Ahmadenijad terserempak dengan kakak-kakak penyanyi tuu yang sedang berehat dikerusi...dengan selambanyer laaa, anak ummi nie kata " ummi...kakak tak malu..ummi kakak tak malu..." disebutnya berulang-ulang kali..lantas dengan pantas saya membawa Ahamdenijad beredar dari situ. Bukan aper, kakak-kakak penyanyi tuu pakai baju terlalu seksi, anak ummi nie lak kalau tengok orang yang macam tuu..memang dia kata "tak malu"..heheee

Memandangkan kolam renang belum dibuka untuk berenang, jadi kami pun membawa Ahmadenijad mandi air laut nie. Alamak...takut pulak dia nak mandi kat sini bila tengok ombak yang beralun-alun tuu.. : )
Ahmadenijad nangis bukannya sebab takut berada di permukaan air kolam tapi sebab abah dia tutup mata, Ahmadenijad ingat abah dia tido...
Hari nie pada 27 Jun 2010 (Ahad) kami dah nak berangkat pulang. Sebelum keluar, kami order makanan untuk tengah hari di Hotel nie, senang sikit dan tak perlu tercari-cari kedai makan. Makanan yang dihidangkan memang sedap dan berbaloi. Setelah itu, kami pun dah nak check out tapi...sebelum tuu bergambar di sekitar kawasan lobby hotel nie dulu.
Ahmadenijad ajak ummi nak menuruni bukit niee...bersih pantai di sini, sungguh sedap mata memandang.
Setelah Check Out dari Hotel, kami pun berangkat menuju ke Pantai Teluk Cempedak, Kuantan. Ramai juga pengunjung yang datang ke sini, dengan pemandangan yang cantik serta ditiupi angin sepoi-sepoi bahasa. Pelbagai gerai kecil-kecilan juga terdapat di sekitar laluan pejalan kaki. Gerai-gerai berhampiran dengan tempat pakir juga banyak tetapi masih tutup. Malam tadi, semasa kami melintasi kawasan di pantai Teluk Cempedak, sungguh meriah sekali kawasan ini diterangi oleh lampu-lampu yang terang-benderang. Malahan, tempat parkir juga dipenuhi dengan kereta. Wah, sungguh meriah keadaan disini tika malam menjelma! Kami melintasi kawasan nie disebelah malamnya bukannya kerana hendak berkunjung kesini sebaliknya kami tersesat jalan..hehee... : )

Gaya Ahmadenijad yang berusia setahun 11 bulan lebih dengan memakai topi abah...
1 comment:
salam miesha....
t,kasih krn sudi sggah blog akak. seronok tgk gmbr2 percutian di kuantan tu.mmg bersih pantainya. comel betul ahmadinejad, secomel namanya.
Post a Comment