Sunday 8 August 2010

ZOO NeGaRa



Bila sebut jer Zoo...pasti tau apa tempatnya. Ahmadenijad pun tahu sebelum pergi ke zoo lagi, katanya " pegi zoo tengok monkey, gajah, zirafah, snake, bird..." dan macam-macam haiwan yang disebutnya. Pada 7 Ogos 2010 (Sabtu), kami sekeluarga pergi ke Zoo, seronoknya laaa Ahmadenijad tengok haiwan-haiwan kat sana. Tapi sebelum gi ke zoo, kami ke Jalan TAR dulu sebab ummi nak gi shopping kain untuk baju raya. Jalan-jalan ke Nagoya dan ke JAKEL... berbelanja di JAKEL. Tapi kain macam tak menarik jer corak-corak nyer...tak der pilihan jer rasanya...

Ahmadenijad yang suka sangat tengok gajah...

Cuaca hari nie mendung sedikit, seronok sikit nak berjalan ke zoo sebab tak berapa panas sangat. Bayaran masuk hanya RM20 seorang dan untuk Ahmadenijad hanya RM...., tiada Ringgit Malayia...free. Kalau nak naik kenderaan yang membawa kita mengelilingi zoo, dikenakan pula bayaran RM3 seorang. Kami bercadang untuk berjalan kaki jer sambil menikmati keindahan zoo nie.

Ahmadenijad leka melihat zirafah... Tengok laa muka Ahmadenijad...putih...penuh ngan bedak..heheee Di pintu masuk untuk ke zoo tadi, seorang pemuda menegur Ahmadenijad, katanya "banyak nyer bedak kat muka dia". Kesian Ahmadenijad...gara-gara kerja ummi la tuu

Cantik sangat Ladybird nie... Ini merupakan 'TANDAS', yang dibina menyerupai ladybird. Sangat kreatif dan menarik perhatian pengunjung disini terutamanya Ahmadenijad..hehee. dan tandasnya juga bersih.

Tengok laaa bukan main lagi Ahmadenijad nie duduk... bersantai sambil melihat haiwan-haiwan yang berada dihadapannya.

Pada jam 3 petang, kami menyaksikan pertunjukkan haiwan. Antara haiwan yang buat pertunjukkan ialah burung helang, burung kakak tua dan singa laut yang berusia 18 tahun dan seekor lagi anak singa laut, tak tau la berapa umurnya kerana tak dimaklumkan pun. Ahmadenijad memang seronok, seronok tengok haiwan yang membuat persembahan dan tengok ramai penonton yang menyaksikan persembahan tersebut.


Tersengih-sengih jer Ahmadenijad nie yang sedang menyaksikan pertunjukkan haiwan.

Selesai menonton pertunjukkan haiwan, kami pun beredar dari kawasan tersebut. Hujan mulai turun dengan renyai-renyai. Di hadapan pintu masuk dan keluar terdapat khemah yang menempatkan seorang perempuan yang memegang ular sawa dan terdapat juga kuda or keldai, entah laa lupa lak nak tanya orang yang jaga haiwan tersebut...rasanya macam kuda pagi jer..hehee

Inilah kuda padi tuuu...penjaga kuda nie bagi tau kat saaya supaya jangan dekat sangat dengan ekor dia, takut nanti kena tendang lak dengan kuda nie...


Geli...dan takut nak pegang ular nie...eeee Tapi sebab nak bergambar, apa-apa pun sanggup walaupun hati berdebar-debar ketakutan..hehee

Sempat laa jugak saya dan Ahmadenijad bergambar dengan ular tuuu...aduhhh takutnya laaa rasa geli jer nak pegang ular tuuu... : ) Ingatkan masa nak balik tuuu nak laa ambil gambar di pintu utama di hadapan zoo yang berdekatan dengan parking tuuu, tapi memandangkan hari hujan kami lupakan laaa niat kami tuu.


Bergambar di pintu masuk utama Zoo Negara, akhirnya tercapai juga hasrat nak bergambar di sini pada hari yang lain.

Tapi pada 21 Ogos 2010 (Sabtu), kami berkesempatan juga mengambil gambar di pintu masuk utama ke Zoo Negara selepas melawat adik di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan. Tercapai laa juga hasrat nak bergambar kat situ. Ahmadenijad bukan main seronok lagi sebab dapat datang semula ke Zoo, walaupun hanya melihat gajah,ular, harimau dan burung yang tidak bergerak tuu..hehee


Pintu masuk ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju. Gambar diambil ketika perjalanan pulang dari hospital tersebut.

Waktu melawat di sini pada hari sabtu dari jam 12 tengah hari sehingga 7 malam. Ahmadenijad sangat laaa suka makan sup bebola ikan di hospital nie...abis satu mangkuk sup di hirupnya. Siap suap sendiri lak tuuu...tak nak orang lain suapkan untuk dia.

Ahmadenijad bersama bapa saudaranya yang berada di hospital tersebut. Ahmadenijad dah kenyang sangat sebab dia hirup sup semangkuk kat hospital tersebut : )

1 comment:

Helmiyani said...

hehheeh.. sonoknya dia gi jenjalan zoo.. budak2 mmg suka la kalau dibawak ke sana. paling lucu pasal abis semangkuk minum sup kat hospital tu..hehehhe...

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...