Pada 15 hingga 17 Oktober 2010 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Hutan Pendidikan Alam, UKM, Bangi diadakan Program Perkhemahan Unit Beruniform. Program yang diikuti oleh pelajar Tahun 6 ini merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pelaksanaan unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Jalan Enam. Aktiviti seperti ini merupakan salah satu aktiviti luar yang sangat berfaedah serta dapat membantu para peserta untuk memupuk semangat dan jati diri yang kuat untuk menjadi insan yang berguna kepada diri, keluarga dan masyarakat.
Kawasan tapak perkhemahan pelajar...rindu lak nak tidur dalam khemah macam nie : )
Objektif Program Perkhemahan ini ialah :
1) Memupuk sikap berdikari dalam kalangan peserta.
2) Membentuk semangat berpasukan.
3) Memupuk semangat perpaduan dan integrasi kaum.
4) Melahirkan generasi yang berdisiplin dan mempunyai jati diri.
5) Menyemai benih-benih kepimpinan di kalangan peserta.
6) Membina kekuatan jasmani dan kekuatan mental.
7) Melahirkan generasi yang cintakan alam sekitar.
Murid-murid sedang bersarapan pagi...menu sarapan pagi untuk hari ini (16 Oktober - Sabtu) ialah mee hoon goreng. Saya pun turut bersarapan pagi bersama-sama murid-murid di sini : )
Seramai 100 orang murid telah mengikuti program ini yang diwakili dari pasukan beruniform masing-masing iaitu daripada pasukan Pengakap, Pandu Puteri Tunas, Puteri Islam, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Kadet Remaja Sekolah. Murid menunjukkan komitmen yang cukup baik ketika berada di tapak perkhemahan ini.
Pada pagi ini (16 oktober - Sabtu) juga diadakan latihan berkawad, pertandingan membuat gajet secara berkumpulan dan pertandingan balutan ketika mengalami kecederaan. Selepas murid-murid berkawad, mereka mengikuti pula pertandingan membuat gajet. Selesai diadili pertandingan membuat gajet, murid-murid mengikuti pula aktiviti pertandingan balutan ketika mengalami kecederaan. Pelbagai situasi diberikan kepada murid-murid untuk memahami jenis-jenis balutan yang perlu dibuat kepada rakan mereka. Misalnya situasi kecederaan dari pergelangan tangan sehingga jari, maka pelajar di dalam kumpulan perlu memikirkan cara balutan yang betul untuk membalut kecederaan tersebut. Memang menarik aktiviti ini kerana selaku juri kita akan melihat kreativiti murid-murid untuk membalut kecederaan tersebut. Namun, hanya balutan yang betul akan mendapat markah yang tinggi berdasarkan ketepatan masa menyiapkan balutan, kekemasan serta kerjasama.
Bergambar berlatar belakangkan tapak perkhemahan. Tekun sungguh murid-murid membuat gajet untuk kumpulan masing-masing. Malahan, mereka juga menunjukkan sikap bekerjasama dan bertoleransi ketika memberikan pendapat untuk membina gajet yang terbaik untuk kumpulan masing-masing. Malahan, tidak terkecuali ada juga murid-murid hanya sekadar menjadi pemerhati sahaja...heheeheee biasa laa tu tak tau nak buat aper kot. Setiap kumpulan murid-murid ini ada seorang fasilitator dari UKM.
Setelah bertungkus-lumus menyiapkan gajet, akhirnya inilah gajet-gajet yang dihasilkan oleh murid-murid tahun 6. Nampaknya berbakat juga laaa murid-murid ini membuat gajet tersebut.
Inilah masa yang dinantikan...masa untuk makan tengah hari setelah penat menyertai pelbagai aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sepanjang pagi ini.
Pada 17 Oktober 2010 (Ahad), aktiviti hari ini adalah pertandingan berkawad untuk semua unit beruniform. Hari ini juga merupakan hari terakhir dan murid-murid perlu mengemaskan khemah dan barangan keperluan masing-masing. Semestinya aktiviti perkhemahan ini merupakan kenangan terindah buat murid-murid tahun 6 semasa mereka di sekolah rendah. Memandangkan pada tahun hadapan mereka akan melangkahkan kaki ke sekolah menengah.
2 comments:
salam hi
t dh private blog, THE UGLY TRUTH.. kalau sudi nk bc blog t, emel ur emel add ye? nanti t invite
ruziawatibukhari@yahoo.com
tq & take care
teringat pula masa zaman sekolah dulu suka camping...
Post a Comment