Wednesday 14 May 2014

SeLaMaT HaRi LaHir ABAH - 2014


Pada 14 Mei 2014 merupakan hari lahir suami, abah kepada Ahmadenijad dan A'shadieeyah. Ummi dan anak-anak merancang dengan membeli kek dan meniup belon untuk digantungkan di rumah. Ahmadenijad yang bantu ummi meniup belon dan kami menghias rumah dengan belon. Sebenarnya ummi nak bagi anak-anak yang teruja untuk buat kejutan kat abah.

Bila dah dengar bunyi kenderaan abah di luar pagar. Kami telah sedia dengan menutup semua lampu di dalam rumah. Kami anak beranak pun bersembunyi di bawah tangga untuk buat kejutan untuk abah. A'shadieeyah dan Ahmadenijad pun diam jer bersembunyi di bawah tangga hihiiiii….


Bila abah buka pintu jer, kami pun memberi kejutan kepada abah… hoooraaayyyyy  : )



 Inilah rupa kek yang telah dikerjakan oleh adik A'shadieeyah huhuhuuuu….
Tulisan kat atas kek pun dah terpadam. 


Keadaan kek untuk abah pulak dah jadi rosak sebab A'shadieeyah dah potong awal-awal ketika ummi tengah siapkan persiapan untuk Hari Lahir Abah niee huhuuuu
Adik A'shadieeyah datang kat ummi sambil ditangannya ada pisau pemotong kek " ummi, a'sha dah potong" , kata A'shadieeyah. Ummi lak buat tak faham jer apa A'shadieeyah cakap, ingatkan dia nak potong kek maka saya pun bagi tau laaa supaya jangan potong lagi kita tunggu abah. Rupa-rupanya dia dah potong kek tu. Saya tersedar bila nak letak lilin di atas kek, tengok kek dah penyek jer huhuhuuuu… kenapa adik A'shadieeyah buat macam tuuuu.


A'shadieeyah tersenyum jer : )


Apa-apa pun anak-anak gembira kerana dapat buat kejutan untuk abah. Malam nie kami makan kat kedai jer, kedai yang baru buka berdekatan dengan hentian bas Kajang. Harga murah dan makanan pun sedap jugak ; )



Mihun goreng tu lak untuk Ahmadenijad : )



 Nasi goreng untuk abah punyer : )



Char koew tieawww nie untuk ummi  ; )


SELAMAT HARI LAHIR BUAT ABAH kepada Ahmadenijad dan A'shadieeyah serta suami kepada ummi hheheheee.






No comments:

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...