Wednesday 28 May 2014

HaRi SuKaN - AhMaDeNiJaD 2014


Hari Sukan Ahamdenijad berlangsung pada 25 Mei 2014 iaitu hari Ahad di padang Seksyen 8. Ahmadenijad yang lahir pada 10 Julai 2008 akan berusia 6 tahun tidak lama lagi. Ini merupakan hari sukan yang kedua telah Ahmadenijad ikuti di Tadika ABC. Tahun lepas, pada hari sukan Ahmadenijad  demam tetapi dia pergi jua. Tahun ini ( 2014 ) alhamdulillah Ahmadenijad sihat dan ceria sekali untuk menyertai acara sukan tahunan.


Seawal pagi pada 25 Mei 2014, Ahmadenijad mengejutkan ummi dan abah. "Ummi kenapa ummi tak bawak Niejad gi sukan, hari nie hari sukan", kata Ahmadenijad kepada saya yang nyenyak tidoo hehhee. Sepantas kilat ummi pun bangun dan mengarahkan agar Ahmadenijad mandi dan memakai baju sukan.

Pagi nie juga saya menyiapkan spagetti dan air teh o untuk potluck Hari Sukan Tahunan tadika Ahmadenijad. Kami juga menyediakan hamper untuk lucky draw nanti. Bersemangat hari nie nak bawa anak ke hari sukan.


Di depan khemah Red Ruby. Anak-anak dari Tadika ABC berkumpul di dalam khemah. Khemah nie disiapkan pada hari Sabtu, 24 Mei 2014. Kami datang membantu menghias khemah selepas waktu maghrib memandangkan pada pagi dan petangnya ada urusan. 


Kami terlewat tiba, acara dah bermula dengan tarian dan persembahan oleh anak-anak di tadika ini. Kami pun mendaftar untuk mendapatkan nombor cabutan bertuah. Cabutan bertuah kami tertera perkataan 'kutu embun'. Kami terus menuju ke khemah kumpulan kami iaitu kumpulan RED RUBY dengan warna tema merah dan hitam. Malahan, kami turut memakai baju berwarna merah. Hiasan khemah pula dihias oleh ibu bapa terutamanya mom's anak-anak di Seksyen 15. Kami menghias khemah bermula pada petang Sabtu ( 24 Mei 2014 ). Saya hanya berpeluang membantu pada malamnyer kerana siangnya ada tugasan lain yang perlu dilunaskan heheee. Seronok dapat menolong dan bekerjasama untuk menghias khemah nie. Keadaan padang pada malam tu sangat becak kerana petang Sabtu tu hujan membasahi tanah di padang tersebut.

Kembali semula cerita pada hari sukan hehehee… Ahmadenijad mengambil bahagian dalam 2 acara sukaneka. Acara pertama berlari berpasangan dan perlu membawa buah tomato dalam pinggan dengan sebelah tangan sahaja. Ahmadenijad perlu pegang pinggan yang berisi tomato dengan sebelah tangan manakala sebelah pinggan lagi dipegang oleh pasangan Ahmadenijad. Ahmadenijad dan pasangannya berlari pantas mendahului rakan-rakannya yang lain dan Ahmadenijad berjaya menjuarai acara tersebut.    






Acara yang kedua pula ialah menangkap ikan hehee… sangat menarik. Secara berpasangan juga, Ahmadenijad dan rakannya perlu berlari berpegangan tangan dan kemudian menangkap ikan di dalam bekas yang disediakan menggunakan tangan. Alhamdulillah Ahmadenijad dan pasangannya berjaya mendapat tempat ke dua.


Ahmadenijad bersama Miqdad, pasangan yang menang 2 acara di Hari Sukan.

Selesai jer acara untuk  Ahmadenijad, dia pun menjamu selera pula bersama Adam Fakri.   Lapar sangat Ahmadenijad,  habis semua makanan dalam  pinggannya  dimakan  dan lepas tu makan lak aiskrim hihiiii.

Selesai kedua-dua acara yang Ahmadenijad ambil. Tiba masa kami menunggu untuk menerima hadiah. Ahmadenijad sabar menunggu namanya dipanggil untuk menerima hadiah. Apabila Ahmadenijad mendapat hadiah dia sangat gembira sambil berlari-lari menyebut " niejad dapat emas, emas… emas…yahoooo emasss… " heheee begitulah aksi Ahmadenijad sehingga lupa lopak-lopak air dan becak di padang. Habis kaki seluar dan kasutnyer berlumpur…. penat laaa ummi nak basuh dan sental sebelum masuk mesin basuh. Begitulah perasaan anak-anak sangat gembira apabila mendapat hadiah. 
























Lihatlah betapa becaknya padang ( gambar sebelah kanan ). Ahmadenijad bergaya dengan hadiahnya.



Bergambar bersama adik A'shadieeyah : )

Selepas tu, kami pun menjamu selera potluck yang di bawa oleh ibu bapa yang penyayang heheee..  Sambil makan-makan, cabutan bertuah pun bermula. Kami sangat bertuah pada hari ini kerana mendapat hadiah untuk cabutan bertuah. Ada dua barang yang kami dapat iaitu bekas makanan dan sejadah. Terima kasih kepada ibu bapa yang memberi hadiah ini : )


Hadiah cabutan bertuah kami di Hari Sukan 

Akhir sekali, pengumuman untuk pemenang khemah tercantik dan pemenang untuk rumah sukan. Bila diumumkan RED RUBY yang memang kami sangat gembira. Alhamdulillah tahun nie rumah sukan RED RUBY berjaya menjadi JUARA. Terima kasih kepada penyertaan dan kerjasama dari ibu bapa serta tahniah kepada teacher di Tadika ABC yang bertungkus-lumus melatih anak-anak kami serta menguruskan dan menjayakan lagi HARI SUKAN TAHUNAN 2014. Dua tahun merasa Hari Sukan bersama Tadika ABC, tahun depan Ahmadenijad dah masuk ke darjah satu.






Gambar-gambar A'shadieeyah sepanjang acara Hari Sukan abangnya Ahmadenijad : )

Sekian…


No comments:

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...