Tuesday 13 May 2014

TenGoK FiLeM LABAH-LABAH hihiii - 2014 -



Cuti Hari Wesak pada 13 Mei 2014 ( Selasa ), abah bawa ummi dan anak-anak menonton wayang di Alamanda.


Gaya anak-anak sebelum ke ALamanda, Putrajaya.

Tiba jer kami di Alamanda, terus ke kaunter untuk membeli tiket wayang. Waktu yang dipilih untuk menonton cerita nie pada pukul 2.30 petang. Kami menonton cerita ' Amazing Spider-Man 2 '. Anak-anak tak sabar nak gi tengok cerita nie, tapi kami sampai awal lagi jadi gi laa makan tengah hari dulu kat 'Food Court' di Alamanda. 

Sampai waktu nak menonton, kami pun beli laa pop corn dan air. A'shadieeyah pulak masuk jer panggung tu, kejap jer dalam 10 minit lepas tu terus lelap dan terlena. Ahmadenijad pulak sangat-sangat laa teruja nak tengok lelaki lelabah nie hihiii…. : )



A'shadieeyah yang berusia 2 tahun 10 bulan bersama abangnya Ahmadenijad Al-Harits yang akan berusia 6 tahun pada 10 Julai 2014  ; )



' Awak nak Kahwin Saya?' 



Spider-Man lagi ….



A'shadieeyah yang bergaya, sekarang nie asyik nak pakai baju cantik jer hhuhuuhuuu… kopak la duit ummi dan abah. 

Cerita mengenai A'shadieeyah nie dia suka sangat makan coklat dan kuat menyusu, tapi makannyer kurang sikit. A'shadieeyah sekarang nie dah pandai bercakap, tetapi perkataannya tak laa banyak. Tapi sebutannya pelat dan jika perkataan tu ada huruf a akan digantikannya dengan huruf e. Contohnya, A'shadieeyah menyebut perkataan saya, mana, dan apa. Perkataan tersebut akan menjadi saye, mane dan ape. Kelakar jugak kalau dengar A'shadieeyah bercakap nie. A'syadieeyah mula nak bercakap atau bertutur ketika usianya 2 tahun. Sebelum berusia 2 tahun, A'shadieeyah nie jenis yang malas nak bercakap hihihiiii. Bila masuk 2 tahun pun sikit jer perkataan yang sering disebutnya. Lebih banyak perkataan yang tak difahami ketika dia bertutur terutama jika dia bercakap dengan cepat. 

Tabiat A'shadieeyah pulak setiap kali menyusu dia mesti nak betuiii betuiii nyer. Betuiii Betuiii tu ialah patung upin. A'shadieeyah akan menyebut nak tull, tull, tull… Ada kalanyer ummi pun tak faham aper yang A'shadieeyah cakap.


A'shadieeyah nak sangat bergambar ngan Dinasour kat belakang tu  katanya.




Berada dalam panggung dan sedia untuk menonton : )


Ketika awal menonton cerita nie A'shadieeyah tido,  bila cerita dah dekat 30 minit lagi nak habis, dia pun bangun. Bila bangun mula laa dia nak susu pulak. Ummi lak tak bawak susu A'shadieeyah, aduhhh kesianyer dia. Merengek-rengek lak nak susu, tak dapat susu dia nak pulak air. Air yang ada hanyalah air oren bikarbonat. A' shadieeyah lak jenis yang tak suka air tu. Merengek lagi dan lagi dan kemudian melarat pulak nak ayam. Nak ayam pulak anak kecik nie. Akhirnya abah pun ambil keputusan keluar dari situ bersama A'shadieeyah. Bila abah keluar, tak sampai 10 minit jer cerita pun habis. Abah keluar bawa A'shadieeyah beli makanan dan air, malahan keadaannyer yang merengek tu mengganggu pula penonton yang lain.


Selesai menonton, ummi dan Ahmadenijad menunggu abah di sini sambil anak-anak minum dan makan makanan yang abah beli untuk A'shadieeyah. 




Lepas tuu, balik laaa rumah. Gambar sebelah kanan, A'shadieeyah dalam kereta dan menuju ke rumah untuk pulang dan berehat   ; )


Sekian...






No comments:

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...