Saturday 14 June 2014

TiDo BeRaSinGaN - Anak-Anak ~ Jun 2014 ~

Tanggal 14 Jun 2014 kami tidur berasingan bilik. Malam nie, Ahmadenijad dan adiknya A'shadieeyah setuju nak tidur di bilik mereka sendiri. Kalau sebelum nie, semuanya nak tidur sebilik dengan ummi dan abah. Tapi malam tu, mereka sendiri dengan rela hati masuk bilik sendiri dan tidur di sana. 

Ada kerisauan di hati ummi, yer ker mereka berdua nie akan tidur di bilik sendiri. Terjaga ker adik nanti dan mencari ummi. Macam-macam perkara yang difikirkan tentang adik dan abang nie. Masalah tak besar pun cuma kepercayaan ummi jer terhadap anak-anak macam kurang percaya dan terasa rindu lak dengan mereka berdua. Yer laa, si abang tu dah nak masuk 6 tahun baru nak berenggang. Si adik lagi laa kesian baru 2 tahun 11 bulan kena lak tidur berasingan. Tapi itu semua cabaran untuk ummi abah dan anak-anak. Mereka semakin membesar dan perlu pandai berdikari dan tidur di bilik masing-masing.



Gambar nie diambil pada 15 Jun 2014 dalam bilik adik dan abang Ahmadenijad. Tika nie A'shadieeyah dah nak masuk 3 tahun pada 30 Jun 2014. Manakala abang Ahmadenijad pula nak masuk 6 tahun pada 10 Julai 2014.





Pernah juga suatu ketika Ahmadenijad nak tidur dibiliknya, tapi tengah malam merayap lak ke bilik ummi jugak hahahaaa : )


Akhirnya berjaya jua dua adik-beradik nie tidur di bilik berasingan dengan ummi dan abah. Sehingga blog ini di tulis pada 16 Jun 2014, mereka masih lagi tidur di bilik mereka. Tiada menangis, merengek dan merayap ke bilik ummi dan abah hahahaaa. Syabas anak-anak ummi, perlu berdikari yer : )




No comments:

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...