Monday 20 October 2014

BeReBut UdanG Lak...




Malam nie ( 20 Oktober 2014 ) kami mencuba pula makanan di 'Restoran Tepian Bangi' , yang terletak di Seksyen 4 Tambahan. Ramai juga pengunjung yang datang makan di sini.  Gambar kat atas tu, Ahmadenijad yang setia menunggu makanan yang dipesan. Tersipu-sipu malu lak bila ummi ambik gambar dia ; )


Pesanan air kami pun dah sampai, air untuk abah, Ahmadenijad dan A'shadieeyah ialah teh o ais. Kat mana-mana pun mesti air tu jer yang menjadi pilihan. Ummi lak suka air jus oren yer ; )



Nasi goreng kampung yang sungguh menyelerakan : )



Ini pula menu yang menjadi kegemaran Ahmadenijad  iaitu Mee goreng.



Nasi Goreng Belacan yang abah pesan dah pun sampai. Sedapnyer : )



A'shadieeyah yang mengada-ngada, merajuk sebab nak makan udang banyak-banyak. Udang tu lak ada sikit jer dalam mee goreng yang Ahmadenijad pesan. Berebut pulak dua beradik nie nak makan udang, walaupun abang Ahmadenijad dah banyak beralah dan bagi udang pada adik A'sha.



 Akhirnya, abah pun buat laa pesanan lagi untuk udang goreng tepung. Tu laa dia gambar kat atas yang menunjukkan gambar udang yang bersalut tepung. Beria-ria laa A'shadieeyah makan. 

Siap menjamu selera, perut dah kenyang dan mata pun dah ngantuk. Apa lagi kita balik la yer anak-anak tersayang : )






No comments:

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...