Saturday 25 October 2014

Jazz House Buffet Steamboat & Grill


Hujung minggu nie ( 25 Oktober 2014 ~ Sabtu ) kami bermalam di Swiss Garden, Kuala Lumpur. Malamnya selepas waktu Maghrib kami pun Jalan-Jalan Cari Makan di Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Restoran yang menjadi pilihan kami ialah di Jazz House Buffet Steamboat. Memang berbaloi sangat makan kat sini. Harga berpatutan untuk satu kepala RM 35. Kami dapat harga murah sikit laa, memandangkan suami ada pertalian persaudaraan dengan tuan kedai.

Laluan untuk ke sini memang sempit dan dipenuhi kereta di bahu-bahu jalan. Tapi jangan risau kerana berhampiran dengan restoran ini terdapat lot tempat meletak kereta yang luas. 

Makan kat sini bertemakan steamboat & grill seperti nama kedainya. Sekepala RM 35, dan boleh makan seberapa banyak yang boleh. Tapi, kalau anda membazirkan makanan akan dikenakan bayaran pula yer. Oleh itu, jangan ambil makanan mengikut hawa nafsu, tapi lepas tu membazir pulak yer. Ambil makanan mengikut tahap kemampuan masing-masing. 

Terdapat pelbagai jenis makanan laut serta daging disediakan disini. Malahan, terdapat juga makanan laut dan daging yang telah diperapkan dengan bahan-bahan untuk dipanggang. Saya lebih berminat dengan daging kambing yang telah diperap dengan rempah, serta beberapa jenis makanan laut seperti udang dan sotong.

Selain itu juga, terdapat ABC (Air Batu Campur), pelbagai jenis lauk, gula-gula, air panas dan sejuk yang boleh dipilih oleh pengunjung yang datang ke sini. A'shadieeyah biasa laa bila tengok gula-gula, mashmallow dan pelbagai jenis gula-gula yang menjadi pilihan sampai rabun mata nak memilih : )

Untuk maklumat lanjut boleh la layari laman di sini   https://www.facebook.com/Jazzhousebuffet



  Tengok tuu gaya Ahmadenijad, dia sibuk nak memanggang udang : )



Nasi goreng pilihan suami. 


Kuah tom yam menjadi pilihan kami sekeluarga. Campak jer apa-apa lauk, mee dan sayuran kat dalam air rebusan tom yam tu. Kemudian pilih laa pelbagai jenis sos yang disediakan untuk dimakan dengan lauk yang telah panggang. 



Cantik sangat pemandangan yang berlatar belakang bangunan KLCC. 


A'shadieeyah makan ABC (Air Batu Campur), errmmm sedap sangat : )


Ahmadenijad dan A'shadieeyah di hadapan kedai ketika kami selesai menjamu selera dan nak balik semula ke hotel. 



Bingkai gambar yang terletak berhampiran dengan kaunter pembayaran. 


Sesiapa yang berkunjung ke sini pasti berpuas hati menikmati makanan di sini. Pelbagai aneka hidangan disediakan dan pasti berbaloi dengan bayaran yang berpatutan. Bagi saya, hidangan makanan  memang memuaskan. Macam-macam ada, harga lak memang murah. Ini pertama kali kami berkunjung ke sini. Pastinya kami akan ke sini lagi untuk menikmati hidangan yang lazat dan sedap. Rugi kalau tak datang sini, jom ramai-ramai gi sini ; )



4 comments:

Cik Rose said...

Masa duk kl dulu, tak pernah pula ke sini.. Hidangan nampak menarik, inikan pula rasa dia..

Cik Rose said...

Masa duk kl dulu, tak pernah pula ke sini.. Hidangan nampak menarik, inikan pula rasa dia..

miesha said...

~ros_reeza~ makanan kat sini memang menarik dan sedap.

Anonymous said...

iols is sukaaaa la blog ni banyak kedai makan hahaha.. suka stimbot gak. jarang pegi kg baru.. dulu time study adela lepak2 kat steakhouse tu.. stimbot x penah try..

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...