IKLAN

Monday, 26 January 2015

CIKGU Call


Masa perhimpunan hari nie (26 Januari 2015 : Isnin) akan diadakan Majlis Perlantikan Pengawas. Majlis ini melibatkan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Cyber Squad, dan Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya.






Ceria jer muka anak murid yang dilantik sebagai pengawas pusat sumber.

Balik sekolah, rehat seketika dan kemudian bawa suami pula ke klinik. Semasa di klinik, cikgu Ahmadenijad telefon... kenapa la pulak nie.

Kenapa pulak laa cikgu call nie. Masa tu ummi dan abah kat klinik sebab suami tak sihat. Lepas jer bawa suami pergi klinik terus bergegas pulak ke sekolah anak. Cikgu call suami maklumkan bahawa Ahmadenijad muntah di kelas. 



Ahmadenijad dalam keadaan lemah jer, agaknya sebab muntah. Baju T-shirt yang dipakai tu ialah baju pinjam kepunyaan sekolah. Baju Ahmadenijad habis kena muntah.

Ummi pun mula laa menyiasat Ahmadenijad. Macam mana boleh muntah pulak nie? Ahmadenijad pun bagi tahu bahawa dia batuk dan semput. Batuk sampai sakit sangat katanya. Lepas tuu Niejad muntah laa... ooo gitu ker Ahmadenijad. Yer laa, ummi faham 

Baju sekolah Ahmadenijad kotor dengan muntah dia. Dia basuh sendiri kat bilik air sekolah. Dia kata dia basuh banyak kali hihiii... tu yang sampai kasut sekolah lenjun basah. Ummi hairan jugak kenapa laa kasut Ahmadenijad basah. Rupanya dia bagi tau laa hal yang dia basuh baju tuu untuk buang sisa muntah. 

Lepas pergi klinik dan ambil ubat, keadaan Ahmadenijad ok sikit. Esoknya Ahmadenijad hanya pergi ke sekolah agama jer. Sekolah Kebangsaan disebelah petang tu, rehat dulu laa yer. Takut dia masih tak berapa sihat sangat.





9 comments:

dilabangiWORLD said...

wAjah tetap menawan..
handsome boy
get well soon ya boy

miesha said...

~dilabangi~
TQ : )

CT Humairah said...

adus.. tak ada salah makan ke ? tapi kerap batuk n semput mmg kekadang rasa nak muntah kan.. kita x da dewasa ni pun kdg2 x dapat control..

miesha said...

~CT Humairah~
tak der lak tersalah makan. gatal tekak sebab batuk dan muntah. kat sekolah tu mesti suka berlari-lari, tu yg batuk2 : )

ros_reeza said...

Moga kembali sihat ye . Kalau gatal tekak tu, memang tak selesa. Tambah pula batuk kan, tu yang termuntah..

zarul farhana said...

akak cikgu ka..

miesha said...

~ros_reeza~
Alhamdulillah dah sihat Ahmadenijad.TQ : )

Jari Manis said...

So cute bila niejad menjawab tu, rajin pulak tu g basuh muntah d baju. Harap2 niejad dh sembuh ye boleh g sekolah spt biasa :-)

miesha said...

~JM~
Alhamdulillah Ahmadenijad dah sihat dan sekolah seperti biasa : )