Wednesday 28 January 2015

~ Ho Chi Mint ~ Part 1


Sekitar jam 10 pagi, kami dah bergerak ke KLIA ( Kuala Lumpur International Airport ), ramai juga laa orang dan barisan beratur pun memang panjang dan lama menunggu. Selalu bila balik kampung pun tak panjang macam nie barisan. Penerbangan kami petang pada 20 Disember 2014 ( Sabtu ) ke Ho Chi Mint. Flight kami ditunda kerana keadaan cuaca yang buruk, hujan lebat sangat. 

Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat. Terus gi ke tandas dulu, bila beratur kat kaunter imigresen dah tak der orang, lenggang. Kami 2 keluarga berkunjung ke sana, semua kami beratur dalam satu barisan. Kesilapan buat kami serta ketidak jujurannya orang yang bertugas tu. Kami dilepaskan dan diarahkan terus keluar manakala suami berurusan dikaunter tersebut. Lelaki tu (yang berada di kaunter imigresen ) minta wang, banyak juga, tapi suami bagi RM40 duit Malaysia. Tak amanah punya orang, tidak menunujukkan sikap yang baik. Awal-awal lagi kami mempunyai pemikiran negatif dengan masyarakat di sini. Itu bab di lapangan terbang. 

Lepas ambil bagasi, terus mencari kaunter teksi VINASUN. Tak der pulak teksi ni dalam lapangan terbang. Kami pun mencari di luar dan keadaan sememangnya sesak dengan manusia. Kebetulan pula yang sama flight dengan kami tadi rupanya ada artis India. Patut laa sesak sangat lapangan terbang nie. Keadaan macam kelam-kabut dengan orang yang ramai dan nak cari kaunter teksi Vinasun pun tak nampak bayang. Kami didatangi oleh seorang lelaki dan menunjukkan kad teksi VINASUN. Apa lagi kami pun ikut jer dan pemandu teksi tu pula terus tarik beg kami. Kami sedar bila lihat van yang kami naiki tidak tertera teksi yang kami ingini. Nak patah balik rasa takut pula sebab beg kami dah dibawa oleh pemandu tu dan tak nak apa-apa berlaku pada kami, kami ikut jer laa walaupun bayaran nyer memang mahal dan tidak ikut meter. Sekali lagi TIPAH TERTIPU. Walaupun kami dah tahu kena guna teksi VINASUN tapi tak sangka lak ader yang menipu dengan cara menunjukkan kad VINASUN. Jadi harapnya jangan percaya dengan orang yang menunjukkan kad dia adalah pemandu teksi VINASUN, mereka penipu : (

Alhamdulillah sampai juga kami ke hotel kami nie : ) sekitar jam 5.30 petang waktu di sana.



Pemandangan di lobi (sebelah kiri) dan katil yang besar  ( Gambar kanan )




Gambar-gambar suasana di lobi dan di dalam bilik hotel kami. Boleh laa selesa juga ; )


Sampai di bilik hotel, kami berehat seketika. Lepas berehat baru laa keluar untuk makan. Kami makan di Kedai Makan Basiroh yang terletak berhampiran dengan hotel kami. Turun jer tangga hotel di sebelah kirinya. Selesai jer makan, apa lagi jalan-jalan di pasar malam kat sini. Tapi masa kami pergi tu belum banyak gerai yang buka, mereka baru nak buka khemah. Jadi kami hanya jalan-jalan beli buah yang terletak di tepi-tepi jalan raya. Beli buah ciku yang besar dan manis. 


Senarai menu dan harga di kedai makan Basiroh.


Saya pesan nasi goreng kampung ( gambar kiri). Sedap juga laa rasa nasi nie : )
Gambar kanan ialah kueh tiew goreng dan telur mata : )



Air kopi ais yang saya pesan dan anak saudara lak pesan air kelapa. 


Selesai makan, jalan-jalan sekejap kat depan hotel tu. Tapi tak buka lagi pasar malamnya. Naik semula ke bilik dan selesai urusan solat dan berehat, kami turun semula untuk ke pasar malam. Sangat meriah pasar malam nie. 

Penat berjalan-jalan di pasar malam, apa lagi perut pun rasa lapar dan kami nak mencuba makanan yang terkenal di sini iaitu 'PHO DAGING'. Kami singgah di Kedai Muslim dan makan di situ.




Ini Pho Daging, makan kat kedai di sini akan diberi daun selasih. Itu yang istimewanya, mula-mula saya letak sikit jer daun selasih, takut tak sedap. Tapi bila tengok ada seorang pemuda tempatan di sini yang makan pho daging dan dipetik-petiknya daun selasih tuu dan ditaburkan ke dalam pho macam sedap jer. Rupanya, memang sedap, saya pun apa lagi letak laa daun selasih banyak-banyak hihiii. Kat kedai nie pun dia bagi daun selasih memang banyak.

Pemandangan waktu malam dari bilik hotel  kakak ipar.
Selesai makan, perut dah kenyang jadi apa lagi naik ke bilik dan berehat. Sebelum naik ke bilik, sempat menyinggah lagi beli kopi vietnam yang memang kaw..kaww sangat kopinya. Sepanjang kami kat sini, boleh dikatakan setiap hari berkali-kali kami membeli air kopi kat sini : )
Selesai cerita hari pertama kami di sini, sambung laa pulak yer episod yang lain  ; )





10 comments:

Siti Yang Menaip said...

Kak oooo kak !! CT datang tolong tiup habuk blog hehehe..

mmg lah kalo pegi ngara2 macam ni.. mmg takot kena tipu. diorang tahu org mesia dtg mesti bawa duit bnyk.. saja nak paw la tu.. kuang asam tol kan..

Wa said...

Harus baca sampai entry vietnam ni habis...hehhee..insyaallah..tahun depan nak ke vietnam jugak...

Jari Manis said...

HCM!!! rindu sama HCM sbb byk kedai mkn halal..

Miesha..kenapa lama menyepi!!

jap jap!!! x faham dgn kes imigresen tu..pesal minta duit plak..habis dia x check/cop passport utk semua org...x faham..sib baik JM x pernah kena camtu

Jari Manis said...

aduhhh!! sekali lagi kena tipu...samalah kes kami..mmg betul naik teksi Vinasun TETAPI METER rosak...then kami kena charge MAHAL...serik!!!! org HCM mmg suka menipu terutama org msia utk kaut untung

Jari Manis said...

kalau ke Vietnam...wajib cari teh ais dan mee pho tu sangat sedap

ohh stay di hoang hai long 2 jugak eh...hotel ni mmg best!

Jari Manis said...

bila nk sambung ni..dah masuk bulan 8?

Siti Yang Menaip said...

mana Kak Miesha ni.. akak ooo akak..

zinziemeewah said...

hahah.. kelakar baca komen sis JM n siti. tp yelah kan.. dh lama nau sambungan tak kunjung tiba.. haha.

kesiannya kena tipu dua kali awal2 smpai. dr airport dh kena. mujur masa saya pergi Alhamdulillah tak jd apa2

zinziemeewah said...

tp kami naik teksi vinasun balik hotel pn kena tipu juga. sebnya masing2 pening tengok meter, banyak sangat kosong. sepatutnya tambang 180,000.00 tp kami ingat 1.8 juta. driver pn mengaku.. kurang hajar kan

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...