Wednesday 31 December 2008

Majlis Pertunangan Syafini & Mohamad Azezull

Pemandangan yang berkabus di laluan Highway yang kami lalui.

Pada 28.12.2008, saya sekeluarga bertolak awal pagi untuk kerumah Chik di Bentong untuk majlis pertunangan anaknya iaitu Syafini & Mohamad Azezull. Pagi tersebut 3 buah kereta bertolak dari Bangi, kereta kami bertolak awal untuk mengisi minyak dan angin kereta. Tiba-tiba selepas keluar dari tol Bangi, saya teringat botol susu Ahmadenijad. Memang sah! botol tak ada di dalam kereta, tertinggal kat umah di Bangi. Alamak! macam mana nie, Ahmadenijad tengah tidur sekarang, kalau dia bangun memang nak susu, botol pulak tak der... mau mengamuk dia kehausan nie..

Bermula la episod mencari botol susu Ahmadenijad di stesen minyak Petronas, beberapa buah stesen minyak memang tak menjual pun botol susu. Kami pun mencari la pulak kedai 7 elevan, beberapa kedai tersebut memang turut sama tidak menjual botol susu. Sesampai kami di Ampang, kami mencari pulak kedai runcit. Kebanyakkan kedai runcit pulak masih tutup, biasa la masih awal pagi lagi. Cari punya cari akhirnya kami jumpa juga kedai runcit yang dah buka kedai di Ampang. Alhamdulillah, di kedai tersebut ada dijual botol susu bayi. Tamat la pencarian botol susu pagi tu, selepas beli jer botol susu tu saya basuh dengan air panas dan terus buat susu Ahmadenijad. Memang dia kehausan, habis kejap jer susu 7 oz...

Sebelum ke Bentong, kami pergi ke pekan Lintang, untuk mencari buah jambu merah. Teringin semasa mengandung lagi nak makan buah jambu nie tapi tak jumpa pun. Jambu merah nie memang payah sikit nak jumpa, bukan jambu merah yang panjang seperti kebiasaan dijual tu, ni lain sikit laaa. Bentuk jambunya tidak memanjang tetapi kembang dan gemuk... Kesian Ahmadenijad meleleh jer air liur dia... Tapi hampa, tak der juga jambu nyer

Akhirnya sampai juga kerumah Chik di Bentong, kami dijemput minum dan makan pelbagai jenis kuih untuk sarapan pagi, antaranya sandwich dan apam. Manakala menu makan untuk majlis pertunangan Fini pula ialah ikan patin masak tempoyak, ayam masak tomato, sambal petai udang, gulai lemak nangka, sambal belacan, ulam-ulaman, ikan masin, buah limau sunskist, kuih tepung pelita. Makanan pada hari tersebut memang best laaa...terima kasih kepada keluarga Fini dan terima kasih juga kepada chef yang memasak makanan yang sedap pada hari pertunangan Fini.

Lauk-pauk yang dihidangkan untuk tetamu selepas majlis pertunangan Fini. Lauk ikan patin masak tempoyak tu memang menu kegemaran...

Sambal petai udang dan gulai lemak nangka, lawan pulak dengan ikan masin, sambal belacan & ulam-ulaman, memang sedap laaaa...

Sebagai pencuci mulut, kuih tepung pelita

Tema warna hantaran bagi pihak lelaki kepada pihak perempuan ialah "BIRU", manakala pihak perempuan kepada pihak lelaki pula ialah "HIJAU"

Hantaran dari pihak lelaki untuk pihak perempuan

Hantaran dari pihak perempuan untuk pihak lelaki yang serba kehijauan

Bergambar bersama Laila, Kak Su & Fini

Ketibaan rombongan pihak lelaki dirumah pihak perempuan

Selepas majlis pertunangan Fini selesai, hampir jam 4 petang kami pun beransur pulang. Kami bukan terus balik Bangi, tapi nak pergi ke Hutan Lipur Lintang, nak mandi air terjun. 2 buah kereta yang lain dah bertolak ke Hutan Lipur tersebut, tapi saya dan suami pergi sekali lagi ke lintang untuk mencari buah jambu idaman, memandangkan pagi tadi tak jumpa banyak kedai masih lagi tutup. Sekali lagi kehampaan kerana jambu idaman tak dijual la pulak. Tapi beli jambu lain jer laaa...

Sesampai di Hutan Lipur Lintang, suami tukar baju dan apalagi terus terjun sungai laaa.... dengan Ahmadenijad pun turut mandi. Kesian Ahmadinejad, abahnya selam-selamkan badannya 2 kali, muka dia dah lain macam jer sebab air terjun tu memang sejuk sangat. Walaupun Ahmadenijad nie memang suka sangat mandi kalau kat rumah tetapi mandi kat air terjun nie memang tak tahan la...sejukkkk....


Umi balut Ahmadenijad dengan tuala, selepas mandi. Kesian dia sejukkk...

Seronok jer budak-budak tu mandi, bapak budak pun nampak seronok jugak mandi kat air yang cetek tuuu...

Semasa kedatangan kami ke Hutan Lipur Lintang, Pahang nie memang ramainya la pengunjung yang berkelah dan bermandi-manda di kawasan ini. Tempat parking pun memang payah juga, ramai betul peminat Hutan Lipur Lintang nie. Pengunjung yang datang kesini tidak dikenakan sebarang bayaran pun, sebab tu la ramai pengunjung...

Apa-apapun memang seronok berkunjung kesini, apa lagi kalau bawa bekal dan makan kat situ, memang best laaa. Kami pula tak bawa bekal pun, tengok orang lain makan bekal jer laaa yer

1 comment:

~SyaFini Rosli~ said...

Salam Kak Emi.

Details penceritaan sampai ke menu. :) Erm, kuih tako la, bukan kuih tepung pelita. Bezanya tepung yang digunakan. Rasanya pun berbeza. Erm, Hutan Lipur Lentang tu mmg kalau weekend ramai pengunjung. Fini pun selama bertugas kat Lentang, bru 2 kali je mandi kat sana. Sejuk airnya.

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...