Monday 15 December 2008

Transformasi Diri Melalui 10Q's

Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah ketika menyampaikan ceramah beliau.

Sedang mendengar ceramah...ke sibuk bergambar...?

Menghadiri kursus di Auditorium Aras 5, Putrajaya yang bertajuk "Menjana Insan Seimbang Melalui Kaedah 10Q's" . Penceramah ialah Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah pada 24 November 2008.

Menurut Dr Fadzilah, Individu terbilang akan menjana 10Q's yang seimbang iaitu :

1) IQ = Intelligent Quotient (Aras Kepintaran)
Cara merangsang IQ ialah dengan membaca, berfikir, bertanya, belajar bahasa baru, merangsang otak secara bersepadu, makanan seimbang, riadah, supplement, latihan minda, mencuci hati & minda, doa perangsang minda.

2) EQ = Emotional Quotient (Kemantapan Emosi) - Daniel Goldman
Cara merangsang EQ ialah menjaga ibadah & doa, mengenal diri, kenalpasti kelemahan & masalah, cuci hati, perbaiki hubungan, berkawan dengan orang yang positif, sentiasa ceria & bersemangat, kawal emosi seperti marah, takut, hiba, bingung, kecewa dsbnya. Buang sifat sombong, bongkak, takabur, malas, lalai dsbnya serta cari guru atau mentor.

3) SQ = Religious Quotient (Aras Kesolehan) - Imam Al-Ghazali
Cara merangsang SQ ialah solat fardhu, istighfar & zikir, solat taubat, hajat, istikharah, solat isyrak & dhuha, solat tahajjud, membaca Al-Quran/kitab setiap hari, menghidupkan sunnah-sunnah harian, bersedekah, puasa sunat, menjalan kegiatan dakwah, mengajar ilmu agama.

4) RQ = Relational Quotient (Kemahiran Hubungan Kemanusiaan)
Cara merangsang RQ ialah menolong orang, maafkan orang, doakan orang, bahagiakan orang, belajar "membaca" orang, sentiasa mendengar dengan teliti, bentuk sikap positif terhadap persahabatan, belajar bersopan santun dan berbudi bahasa, sentiasa cari kawan baru, cari peluang untuk berinteraksi & mengukuhkan hubungan, pecahkan tembok pemisah dikalangan kawan, rawat konflik atau salah faham dengan orang lain.

5) PQ = Physical Quotient (Kepintaran fizikal, amalan & penampilan) - Tony Buzan
Cara merangsang PQ ialah belajar skill baru, jaga penampilan, pilih warna sesuai, perbaiki amalan, jaga DVD (diet, vit & drug), jaga riadah, perbaiki "posture", rehat yang cukup, rangsang kehebatan deria anda.

6) AQ = Adversity Quotient (Aras Ketabahan Hadapi Ujian) - Paul G. Stoltz
Cara rangsang AQ ialah menukar paradigma iaitu setiap musibah ada hikmah yang tersembunyi, solat taubat, istighfar, solat hajat, & istikharah setiap malam, berdoa minta hindar & selesaikan musibah, yakin bahawa Allah SWT uji setakat kemampuan kita, muhasabah & perbaiki diri sepanjang masa, buat rangka tindakan baru, lihat orang lain yang lebih sengsara, cari kumpulan sokongan, sentiasa cuci hati, eratkan silaturrahim, ambil masa 3 R (Rehat, Rawat, Recharge), baca Al-Quran/Kitab agama, minta nasihat daripada pakar.

7) MQ = Motivation Quotient (Aras Motivasi & Semangat Survival)
Cara merangsang MQ ialah doa berterusan, maafkan orang, cari butang hijau, buat apapun sebaik mungkin, programkan minda, rangsang orang lain, lakukan dengan ikhlas & ceria, semangat sama-sama berjaya, temui cinta sejati, peka survival bangsa.

8) VQ = Verbal Quotient (Aras Kepintaran Mengungkap Kata)
Cara merangsang VQ ialah murnikan hati, positifkan minda, sedar bahawa kata-kata itu doa, gunakan kata-kata yang merangsang minda, programkan minda untuk sentiasa positif.

9) LQ = Loyalty Quotient (Aras Kesetiaan)
Cara merangsang LQ ialah taati Allah SWT, sayangi diri, sayangi keluarga, sayangi kawan, sayangi organisasi, sayangi negara (bangga menjadi rakyat Malaysia), sayangi dunia & persekitaran.

10) BQ = Balance Quotient (Aras Keseimbangan)
Cara rangsang BQ ialah membentuk sinergi antara : peribadi, rumahtangga, kerjaya & masyarakat/dunia.

2 comments:

asr said...

Thanks 4 sharing the info. Lepas dah pass 10Q, kita buat BBQ, okeh? ahak..

miesha said...

asr: boleh..boleh...BBQ, nak lepas 10Q tu la payah tu...heee

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...