Tuesday 2 December 2008

HARI RAYA AIDILFITRI 1429

Di pagi 1 Syawal 1429, bangi perdana

Tahun 2008 kami sekeluarga beraya di bangi perdana, Bandar Baru Bangi. Raya tahun ini meriah kerana saya dan jept merayakan hari yang mulia ini dengan kedatangan orang baru dalam keluarga kami iaitu Ahmadenijad Al-Harits ketika itu berusia 2 bulan 20 hari.
Selepas berkahwin, kami merayakan hari raya Aidilfitri 2 tahun berturut-turut di Sarawak. Tahun ini beraya di Semenanjung, seronok dan meriah juga, walaupun tidak sehebat di Sarawak. Menu di pagi raya ialah, nasi dagang berlaukkan ikan tongkol, rendang daging, nasi impit dan kuah kacang. Memang sedaplah menu di pagi raya nie. Selesai sesi makan, sesi bergambar di kedai gambar di bandar baru bangi. Wah! ramai sungguh orang menunggu giliran nak bergambar sebagai kenangan di pagi raya tahun nie, penat juga menunggu sampaikan anak-anak saudara dah penat dan tertidur...kesian.

Masjid Wilayah Persekutuan

Selepas sesi bergambar kami berkunjung ke rumah abang long. Abang long mengadakan majlis rumah terbuka, menu pula nasi tomato, wauuu!!! memang best laaa...
Selesai acara makan-makan, kami sekeluarga bersama mak dan ipar duai pergi menunaikan solat asar di Masjid Wilayah Persekutuan. Memandangkan rumah abang long berhampiran masjid ini, kami mengambil keputusan untuk kesini.
Masjid Wilayah Persekutuan terletak berhampiran dengan Kompleks Kerajaan, Jalan Duta dan ia menjadi mercu tanda di ibu negara dengan kos pembinaan masjid adalah RM 255 Juta. Mula dibina pada tahun 1997 dan siap digunakan pada 25 Oktober 2000. Namun pembinaan masjid dilaksanakan pada 15 Mac 1996 dan disiapkan pada 30 Ogos 2000.Masjid ini menggunakan konsep tradisi masjid-masjid Othmaniah di Turki. Reka bentuk senibina dan hiasan dalamannya dikombinasikan daripada rekabentuk tradisi Melayu Malaysia dan Timur Tengah.
Masjid ini dapat menampung seramai 17,000 orang jemaah pada satu-satu masa dan keluasan keseluruhan bangunan adalah kira-kira 47,000 meter persegi dengan keluasan seluas 13.4 hektar (33 ekar) di atas tapak bekas mahkamah dan pejabat kerajaan.Cadangan pembangunan masjid ini telah diilhamkan oleh bekas YAB Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Sebuah projek Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) dan diberikan status sebagai Masjid Negeri. Masjid ini telah diserahmilik kepada pihak JAWI pada 1 September 2000 dan solat Jumaat yang pertama pada 27 Oktober 2000.

2 comments:

Colin D'souza said...

wow.. nice...

http://collin005.blogspot.com/

Unknown said...

The King Casino Hotel | Jamul Casino & Spa
The King Casino Hotel is set 1 https://deccasino.com/review/merit-casino/ mile south of Jamul Casino, 1 MPRC Blvd, 출장안마 Jamul, Georgia. View https://jancasino.com/review/merit-casino/ map. This casino offers a variety of gaming options https://octcasino.com/ including slots, apr casino

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...