Friday 2 January 2009

Jalan-jalan di Menara Berkembar PETRONAS / Kuala Lumpur City Centre

Bangunan Bank Simpanan Nasional

Pada 26 Disember 2008 (Jumaat), saya bersama rakan-rakan berjalan-jalan ke Menara Berkembar PETRONAS / Kuala Lumpur City Centre (KLCC) Sambil berjalan-jalan tu, sempat la juga mengambil beberapa bangunan yang berhampiran dengan KLCC. Antaranya ialah Bangunan Bank Simpanan Nasional (BSN), Angkasa Raya, dan Bangunan Public Bank.

Bangunan Angkasa Raya

Bangunan Public Bank

Papan tanda di persimpangan lampu isyarat berhadapan dengan KLCC

Pemandangan KLCC dimalam hari dan disiang hari

Menara Berkembar PETRONAS telah dibina diatas tapak seluas 40 hektar di kawasan segi tiga emas di Kuala Lumpur dan ia direka oleh arkitek Cesar Pelli dan disiapkan pada Mac 1996 dan dibuka pada 31 Ogos 1999. Untuk membuat tapak Menara Berkembar PETRONAS, bumi telah digali sedalam 117 meter iaitu setinggi bangunan 5 tingkat dengan sejumlah 7,000 meter padu simen konkrit telah dituangkan selama 2 minggu secara berterusan. Beratnya keseluruhan bangunan ialah 100,000 tan.

Menara ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang unik & pertama kali digunakan di Malaysia. Sewaktu berlaku gempa bumi atau puting beliung, menara ini akan condong, kecondongannya mengikut tiupan angin kencang hingga 1.5 meter. Apabila bencana reda, menara akan tegak seperti biasa.

Terdapat 12 biji lampu disekeliling menara ini yang berkelip-kelip 24 jam sehari. Setiap satunya berharga RM15,000.00. Jumlah kos pembinaan Menara Berkembar PETRONAS RM270 juta.

Cantik sangat lampu yang berada di siling pintu masuk KLCC. Lampu ker or arca ke tak tau la apa ker nama nyer.

Disalah satu pintu masuk KLCC, di atas kami berdiri ni lah terdapatnya lampu seperti di atas

Di KLCC ini terdapat pelbagai kemudahan antaranya ialah Kompleks membeli-belah yang terkenal iaitu "Suria KLCC", Taman KLCC, Surau, Jambatan Angkasa (Twin Tower Sky Bridge), KLCC Aquaria, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dll. Surau di bina di KLCC bagi kegunaan pengunjung di sini, surau ini didirikan berasaskan seni bina Islam dan mampu menampung sehingga 6,000 jemaah. Selain surau, terdapat juga Masjid Asy-Syakirin di KLCC yang terletak bersebelahan dengan bangunan KLCC.

Sky Bridge (jambatan angkasa) mempunyai laluan angkasa antara kedua menara pada tingkat 41 dan 42. Ia setinggi 170 meter dan sepanjang 58 meter. Tingkat yang sama juga dikenali sebagai podium kerana pelawat yang ingin pergi lebih tinggi perlu singgah untuk bertukar lif. Jambatan angkasa terbuka kepada semua tetapi perlu mengambil pas pelawat. Bagi yang nak mengambil pas tu, memang kena beratur awal pagi laaa, kalau tak tiket habissss.... masuk free jerr... Kalau sesiapa suka tengok filem Hindi pasti tahu filem "DON" lakonan Shah Rukh Khan yang berlatarkan lokasi di KLCC dan juga ada adengan yang dibuat di sky birdge nie. Memang sangat cantik sangat pemandangan KLCC di dalam filem tersebut.

Kedai-kedai yang digubah cantik membentuk bungkusan hadiah

Kedai-kedai yang cantik-cantik dan comel-comel ini berada di "Suria KLCC" tempat kompleks membeli-belah yang popular laaa... macam-macam ada...

Pokok Krismas yang diambil gambarnya dari tingkat 1 KLCC, memang tinggi betul pokok nie

Deretan kedai yang dihiasai cantik dengan hadiah yang bergantungan.


Pelbagai saiz dan warna boleh dilihat hadiah yang bergantungan di bumbung KLCC

Macam-macam ada dijual, duit jer la...kena ada yer

Pohon Krismas yang tinggi melampai serta dihiasi dengan pelbagai perhiasan yang turut menarik minat pengunjung KLCC. Gambar ini diambil dari ground floor KLCC, cantik sungguh dan tinggi yerrrr...

Taman KLCC, memang cantik dan selesa untuk bersantai disini

Di luar bangunan KLCC ada terdapat taman KLCC yang memang cantik sangat dengan pemandangan bangunan disekelilingnya dan juga terdapat air pancut, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat galeri seni ukir dan mural. Taman ini direka oleh Pasukan Pembanguann Taman KLCC.

1 comment:

azim said...

saya pun pernah pergi KLCC pada 26 Disember 2008, tetapi saya tak nampak awak pun...

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...