Saturday 16 May 2009

Ujian Amali Pendidikan Jasmani

Ujian Amali Pendidikan Jasmani diadakan pada 27 April (Isnin) sehingga 30 April 2009 (Khamis). Pada 27 April 2009 kami menjalani ujian amali Olahraga iaitu lari berganti-ganti di Padang Jubliee, Kuching. Awal pagi kami telah menyiapkan perkakas serta alatan untuk larian berganti-ganti, dan terus bertolak ke stadium padang jubliee.

Ketika nombor dipanggil iaitu '52', tibalah giliran saya untuk memulakan larian berganti-ganti dengan pasangan saya iaitu Norazlin

Sesuatu yang penting ketika berlari berganti-ganti ini ialah teknik yang betul bermula dari peringkat nombor dipanggil sehingga lah kita berlari kegarisan penamat. Biarpun berlari lambat tetapi teknik haruslah betul, baru ada markah.
Sempat berposing lagi tu...sebelum ujian bermula.
Selesai kesemua guru pelatih mengikuti lari berganti-ganti, kami pun pulang ke IPGM Kampus Batu Lintang semula dan akan mengikut acara yag seterusnya iaitu 'Lontar Peluru'.

Pada petang 27 April, kami menjalani ujian 'Bola Tampar'. Bola tampar nie nampak senang, tapi kena la ada teknik jugak, tu yang susahnyer. Tapi apa pun semua guru pelatih berusaha untuk buat yang terbaik.
Keesokkannyer 28 April 2009 (Selasa), kami menjalani ujian permainan 'Hoki', selesai sahaja permainan hoki kami diuji pula dengan 'Gimnastik Artistik' bertempat di Gimnasium. Gimnastik artistik, kami diuji dengan 'Lombol Kangkang', 'Dirian Kepala' dan 'Gulingan Hadapan'. Paling mencabar ialah lombol kangkang...
Selesai kami ujian gimnastik artistik, kami membentuk piramid pulaaa... saya kat bawah sekali, boleh tahan jugak beratnya. Selamat la guru pelatih perempuan hanya ada 7 orang sahaja, kalau ramai, bertambah laaa bebanan..huii..heeee...

Lama la pulak, siap bergambar lagi tu...

1...2...3...ROBOHHHHHHH... aduhhh...jatuh tersungkur

Piramid kumpulan lelaki pulak...

Selesai Gimnastik artistik, kami ada ujian Kecergasan Fizikal pula. Antara yang diuji dalam kecergsan fizikal ialah Angkat Tubi bervariasi (5 Variasi), Tekan tubi, Jangkauan Melunjur, Larian Pecut, & Lompat Kijang.

Hebat kawan saya nie melompat...
Seterusnya acara yang ditungu-tunggu larian 2.4km, semasa kami berlari untuk larian 2.4 km sememangnya matahari terpacak di atas kepala iaitu pada jam 12.30 tengah hari. Aduhhh.... ponat den berlari...saya pulak giliran kumpulan yang kedua berlari, so bermula larian lebih kurang pada jam 1 petang. Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk larian 2.4km kerana, seorang akan berlari dan seorang rakannya akan mencatatkan masa.
Nampaknyer, ujian amali ini hanya mengambil masa selama 2 hari sahaja daripada yang dijadualkan sebelumnya. Maka untuk keesokkannya kami kena la pergi kelas, tetapi memandangkan esok dan lusa adalah jadual untuk Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), jadi esok saya hanya pergi ke sekolah, iaitu sekolah Astana. Bagi guru pelatih yang lain, mereka pergi ke sekolah yang telah ditetapkan untuk melakukan PBS.

No comments:

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...