Thursday, 25 June 2009

AhMaDeNiJad 11 BuLaN, 2009

Pada 10 Jun 2009 (Rabu), genaplah Ahmadenijad 11 Bulan. Waktu ini iaitu ketika usia Ahmadenijad masuk ke 11 bulan, saya sedang bercuti selama 3 minggu bermula dari 30 Mei 2009 sehingga 21 Jun 2009.Ketika usia ini, Ahmadenijad sudah pandai berjalan laju dan pergerakannya berjalan semakin mantap. Malahan, dia juga sudah semakin mengerti apa yang dituturkan dan memahami apa yang diarahkan.


Tengok laa Ahmadenijad ni, pandai nyer laa menggunakan kakinya untuk mengambil botol tuu

Ahmadenijad juga sudah mengenali namanya. Apabila disebut "Siapa Ahmadenijad", maka ahmadenijad pun akan angkat tangannya.

Ketika usia 11 bulan pada 10 Jun 2009

Ahmadenijad juga suka tengok 'bird' dan sudah pandai menyebut 'bird' serta menyebut 'cat'. Ahmadenijad suka tengok 'cat' tetapi dia takut dengan haiwan jinak nie. Pernah suatu ketika di awal pagi, kucing masuk ke rumah kami. Saya ketika itu di dapur dan terdengar Ahmadenijad menyebut 'cat...cat...cat' , saya ingatkan apa hal, rupa-rupanya Ahmadenijad ternampak kucing yang sudah berada di ruang meja makan di dapur. Saya pun mengeluarkan kucing tersebut dari rumah.

Burung merpati yang berterbangan...Ahmadenijad suka tengok burung-burung nie

Ahmadenijad leka tengok burung merpati sampai mendongak ke langit


Kalau dinyanyikan lagu 'twinkle twinkle little star' dan 'tepuk amai-amai' memang dia suka sangat dan akan menggerakkan tangannya seperti kerdipan bintang dan akan tepuk tangan bila dengar lagu 'tepuk amai-amai. Ahmadenijad juga ketika usia ini sudah pandai menyebut banyak perkataan yang mudah diingatinya seperti abah, ayah, mak, dan nama rakan-rakannya serta beberapa perkataan lain seperti cat dan bird. Sedihnyer, Ahmadenijad tak pandai nak sebut 'ummi' laaa pulak.

Gambar nie ketika usia Ahmadenijad 11 bulan (10 Jun 2009). Kena kandang kat dalam katil dia, sebab ummi tak larat nak kejar dia bermain. Tapi kejap jer duduk kat dalam tu, lepas tu menangis laaa dia nak keluar.

No comments:

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...