HaPpY BiRtHdAy : 10 JuLaI 2009
AhMaDeNiJaD AL-HaRiTs BeRuSiA SeTaHuN
Pada 10 Julai 2009 genaplah setahun usia ahmadenijad al-harits anak kesayangan ummi dan abah. Tak terasa masa berlalu dengan pantasnya dan sudah setahun sejak saya melahirkan ahmadenijad. Seolah baru jer mengandungkan dan melahirkannya, cepat sungguh masa berlalu dan semakin membesar anak ummi nie.
Ketika artikel ini ditulis pada 11 Julai 2009, Ahmadenijad masih kurang sihat, tetapi saya dimaklumkan oleh suami yang Ahmadenijad tetap aktif. Dalam minggu ini juga dia disahkan oleh Doktor di Hospital Az-Zaharah di Bangi telah dijangkiti oleh virus penyakit kaki, kuku dan mulut. Pada peringkat awal badan Ahmadenijad ditumbuhi semacam penyakit campak (demam campak), suami pun membawa anak ke klinik, dan dikatakan campak dan diberikan ubat sapu. Sekali lagi dibawa ke klinik dan disahkan juga penyakit campak, kali ke3 pergi ke doktor di Hospital Az-Zaharah apabila terdapat ulser di dalam mulut Ahmadenijad dan Ahmadenijad dimaklumkan virus tersebut.
Ketika saya mengedit artikel ini juga, keadaannya semakin pulih tetapi seakan campak iaitu bintik-bintik merah semakin keluar dan kemungkinan ianya adalah campak. Tapi belum dipastikan kebenarannya dan mungkin ia masih lagi virus penyakit kaki, kuku dan mulut.
Semoga Ahmadenijad sembuh.
2 comments:
insyaAllah bakal menjadi pemimpin yang menjiwai ahmadinijad presiden Iran kini. Pemimpin besar yang ditakuti USA dan Israel.
insyaAllah.terima kasih mendoakan anak saya.
Post a Comment