Percutian kami sekeluarga ialah ke Cameron Highlands pada 15 Mei 2009 sehingga 17 Mei 2009. Bertolak dari Bangi jam 6.45 pagi, bercadang nak bertolak jam 5.30 pagi tetapi terlena la pulak, jadi bertolak lewat sikit laaa... Sebelum tu juga kami singgah sebentar kerumah rakan suami di kawasan shopping complex mines.Semasa dalam perjalanan keadaan jalan sudah mulai sesak, sesak sangat area mines nie. Suami pun bercadang menggunakan jalan yang lain. Sementara kami menempuh jalan yang sesak, kami berhenti rehat dan bersarapan dahulu.
Petang (4.30 pm) jalan-jalan di sekitar Brinchang selepas pergi makan tadi. Kami berhenti kat sini sebab Ahmadenijad suka tengok burung merpati yang ada disekitar kereta yang warnanya sama macam baju saya tuuu...
Perjalanan ke Tapah selesa kerana kenderaan tidak sesak, maklumlah bukan hari cuti atau hujung minggu. Kami singgah sebentar di hentian Tapah, kami juga menggunakan jalan masuk ke Simpang Pulai untuk ke Cameron Highlands. Menggunakan jalan nie lebih selesa dari jalan lama yang sempit dan bengkang-bengkok. Kami tiba di Hotel Rossa Passadena di Brinchang dalam lingkungan 2.30 petang dan terus 'check in'. Ahmadenijad suka sangat sebab dah sampai, berlari-lari di dalam bilik hotel. Kami rehat sekejap dan terus keluar untuk makan tengah hari. Dah petang baru nak makan tengah hari. Selepas makan, jalan-jala disekitar kawasan pasar Brinchang. Tiba-tiba, hujan turun dengan lebatnya dan tak sempat kami nak balik ke hotel. Kami berteduh di kawasan perhentian teksi yang berhampiran dengan jalan utama dan duduk melepak di situ. Apabila hujan teduh, kami bergegas ke 'CT CRAFT' Cameron Highlands yang tidak jauh dari tempat kami berteduh tadi.
Ct Craft Cameron Highlands, kami singgah menjenguk seketika di sini dan membeli 2 biji bola berbentuk strawberry...ketika nie hujan lebat, kami terkandas dan kena laa berteduh di luar kedai nie sampai Ahmadenijad tertido dengan lenanya dipangkuan abah dia.
Malam pertama di Cameron, kami beli makanan di KFC, Niejad dah ngantuk tuu...tapi bila tengok ada rakan-rakan sebaya dia, seronok laa dia...
Pada 16 Mei 09 (Selasa), pagi ini sekitar jam 9.45 pagi selepas sarapan dihotel kami berjalan-jalandi Taman Agrotechnology Park Mardi Cameron Highlands di Tanah Rata. Seronok pergi ke sini, walaupun kami dah banyak kali datang ke Cameron, suka masuk ke sini untuk melihat taman-taman yang indah dengan bunga-bunga yang cantik-cantik. Buat Ahmadenijad, ini merupakan kali pertama dia berkunjung ke Cameron Highlands. Masuk ke sini hanya dikenakan bayaran RM3 sahaja seorang sahaja.
Pintu hadapan untuk membeli tiket di Taman Agrotechnology Park Mardi CH
Cantik dan harum sangat bau bunga ros nie...Ahmadenijad kat belakang tuu baru bangun dari tido, tu yang monyok jer mukanyerKawasan 'Taman Ros' yang terdapat di Agrotechnology Park Mardi Cameron Highlands. Tengok laa Ahmadenijad suka tengok bunga-bunga yang berada ditepinya. Landskap yang menarik di kawasan Agrotechnology Park Mardi CH Malam kedua, kami keluar untuk pergi makan, sebelum tu kami jalan-jalan dulu disekitar kedai-kedai di Brincahang. Ada laa sedikit membeli baju-baju di kedai tersebut. Kami makan di Restoran berdekatan dengan hotel penginapan kami, lamanyer laa kami menunggu hidangan kami sampai sebab tukang masaknya sorang jer katanya. Jadi orang restoran tu bagi tau awal-awalnya makanan lambat sikit siap, tapi tak per laaa ok jerr boleh lepak-lepak sambil mengambil angin segar di CH nie. Tapi malam nie sejuk nyer laaa, semasa dok kat restoran tu pun dah sejuk sangat...
Keesokannya selepas sarapan, jalan-jalan di pasar Brinchang dan kemudian kami pergi membeli ubi keledek. Selepas itu, bersiap-siap dan kemas barang maka kami balik ke Bangi semula...
1 comment:
Hi imie... sronot baca artikel hang di saat2 kelahiran... tumpang terharu...
Post a Comment