Sunday 13 May 2012

MaKaN MaLaM 2012


Majlis makan malam di Palm Garden Hotel diadakan untuk meraikan 'Hari Guru 2012'. Majlis diadakan awal disebabkan oleh masalah yang tidak dapat dielakkan   :  ) . Tema Hari Guru bagi tahun 2012 ialah ' Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara'. Saya dan kak Shamsida tiba awal ke hotel iaitu jam 5.30 petang kami dah bertolak ke sana.

Segala persiapan telah diuruskan oleh ahli-ahli BKG dan yang paling penting Pengerusi BKG telah bersungguh-sungguh melaksanakan tugas bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengerusi & Penolongnya serta barisan BKG tahun 2012. Jasamu di kenang serta pengorbananmu dihargai.

 Sampai jer kat 'The Aroi Dee Hall', apa lagi posing-posing laaa... : )
Bergambar bersama Kak Azna (Pengerusi BKG) & Kak Lah. Comei-Comeiii : )

Sebelum acara bermula, kami pun apa lagi, acara yang memang paling digemari sesi bergambar sesama rakan-rakan. Malah, saya turut berlatih dengan teman seperjuangan iaitu ustaz Man yang akan mengacarakan majlis pada malam tersebut.

 Sesi bergambar lagi... : ) , Gambar di atas bersama Kak Norabitah, dan gambar di bawah sebelah kiri bersama Kak Latifah dan di sebelah kanan ( bawah ) bersama Kak Rawiyah, Ustz Qalbi, Bariah, Ustz Wawa dan Kak Shamsida.

Jam 8.45 malam, pengacara rasmi untuk majlis makan malam telah berucap dan menjemput Kak Azna selaku Pengerusi BKG untuk memberi ucapan. Selesai saja, Guru Besar pula berucap untuk majlis makan malam tersebut. Acara seterusnya, apa lagi ' Jangan Malu Jangan Segan, Moh La Kita Pegi Makan'... hahaahaa

Acara nie memang seronokkan, yer laa masing-masing dah kelaparan. Perut saya pun memang dah berkeroncong. Selesai makan nanti, giliran saya dan Ustaz Man pula mengacarakan majlis nie. Makanan memang banyak pilihan, ada kari ayam, sayur-sayuran, kari kambing, daging bakar cicah air asam, sambal sotong, pelbagai jenis buah-buahan untuk pencuci mulut serta pelbagai jenis juga buah-buahan untuk rojak. Pelbagai jenis kerabu seperti kerabu perut lembu, dan pelbagai jenis kerabu yang saya pun tak tahu namanya, tahu makan jer. Pelbagai jenis kuih dan ada laksa lagi yummmy...memang sedap-sedap laaa makanan malam tu. Selesai jer saya memilih makanan, saya pun duduk laa di meja untuk menjamu selera. 

Memang tak sabar lak rasanya nak merasa makanan nie, beberapa suapan nasi dan lauk dah melepasi mulut saya. Tiba-tiba keadaan gelap gelita, hanya disinari oleh limpahan cahaya lampu dari luar yang tidak berapa terang. Alamak, rupa-rupanya tiada bekalan elektrik. Bayangkan laa, keadaan kami di situ dengan tiada sebarang cahaya hanya bergantung kepada cahaya dari luar, sememangnya gelap. Beberapa orang guru dan kakitangan sekolah memasang lampu dari telefon bimbit masing-masing. Sama juga laa dengan saya, dengan cahaya yang samar dari telefon, saya pun menjamah semula makanan. Tapi seleranya dah berkurang, lapar memang lapar tapi payahnyer laa nak makan sebab kurang jelas penglihatannya. Nak makan ikan masak lemak pun takut jugak nanti tercekik tulang..hahaaa... Kesian makanan saya tak berapa nak habis, sebab rasa payah sangat nak makan, dah laaa saya tergigit cili api...huhuuuu berasap rasa telinga.


 Nie makanan yang saya makan, gambar yang kat depan tu buah-buahan dan kuah rojak. Kuah rojak nie memang sedap, teringat pulak kuah rojak nie : )


 Gambar-gambar nie semuanya di ambil ketika dalam gelap. Dua keping gambar di sebelah kiri di ambil ketika majlis telah pun selesai. Bergambar dengan Princess dan Queen Of The Night. Tahniah kepada pemenang, memang sesuai sangat..cantik : ) Princess dan Queen pada malam tu.


Saya dah selesai makan, baru sampai lilin, tu pun Kak Latifah yang minta dengan pelayan hotel. Selesai saya makan, kami meneruskan lagi acara pada malam tersebut. Walaupun tiada bekalan elektrik, tetapi acara tetap diteruskan juga. Cabutan untuk nama-nama bertuah tetap dilaksanakan. Hadiah utama pada malam  tersebut ialah sebuah microwave. Alhamdulillah, saya pula dapat 'cooler box' . Acara tamat hampir jam 11 malam, selesai jer majlis makan malam, ramai di kalangan kami yang mengambil peluang untuk bergambar. SeLaMaT HaRi GuRu kepada semua PeNDiDiK.

No comments:

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...