Saturday 12 October 2013

NaSi ULaM...2013



Hari nie kami ke kompleks Bangi Gateway  yang baru di buka di seksyen 15 (12 Oktober 2013 : Sabtu) untuk membeli-belah.  Kami pergi ke Jaya Grocer yang menjual pelbagai jenis barangan runcit. Buah-buahan serta sayur-sayuran yang dijual di sini memang segar. Selesai membeli barangan runcit di Jaya Grocer, kami pun bergerak mencari kedai makan. Kami ke seksyen 8, Bandar Baru Bangi. Akhirnya restoran yang menjadi pilihan kami ialah 'Nasi Ulam'. 

Pelbagai jenis menu makanan yang dihidangkan di sini. Rambang mata lak nak makan apa...heheehhee



Ummi baru nak makan, abah dah abis nasinyer. Ahmadenijad lak minum air sirap.



Ini pula menu pilihan saya pada hari nie. Nasi putih, kerabu mangga, kerabu pegaga, keladi masak lemak bersama siput, sambal belacan dan ulam pucuk ubi/ kacang botol. Meriahnyer makanan pilihanku ini...hehehehee





6 comments:

Cho Zila said...

dekat kinrarapun ada kedai nama ni.. samaker tokeinyer.. tapi sedap masakannyer.. cuma tak banyak ngat ulam2 dan kerabu cam dalam blog mieshani...

miesha said...

kedai nie memang banyak ulam dan kerabu. tak pernah gi lagi kedai kat kinrara tu : )

dilabangiWORLD said...

salam Miesa salam kenal. duk bangi jugak ke :-)
best tak Bangi gateway? hehe banyak kedai tak bukak lagi insyallah nmonth dah ada banyak sikit kut gamaknya. Try lah makan kat EL fresco tu. sedap ....

miesha said...

wsalam. Dila, iyer saya dok kat bangi : )
Bangi Gateway tu ok jugak cuma blm banyak kedai biasa laa kan baru bukak.
El Fresco tu kat mana?

Shima Zahar said...

Sedappp menu tu.. dah bukak yer bangi gateway tu.. tgk signboard jerk. Tp tak pernah sampai lagi..

miesha said...

~shima Zahar~
dah bukak bangi gateway. best tmpt tu : )

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...