IKLAN

Thursday, 6 November 2014

Anak-anak DeMaM + Ummi ~ KeMBanGaN PaRaDiSe BiSTro 2014


~ KeMBanGaN PaRaDiSe BiSTro ~ 2014


Hari nie cuaca petang mendung dan hujan. Pagi tadi cuaca baik dan cerah, tetapi petangnya hujan membasahi bumi. Alhamdulillah sejuk sikit dan pokok-pokok pun segar disirami air hujan. Pada petang ini ( 6 November 2014 ; Khamis ) abah kepada Ahmadenijad baru balik dari 'outstation'. Ummi, abah dan A'shadieeyah keluar untuk ambil abang Ahmadenijad di Tadikanyer pada petang tu. Suka laa abang Ahmadenijad kalau abah dan ummi datang ambik dia. 

Hari nie juga A'shadieeyah tak sihat, sama laa dengan ummi pun tak sihat juga. Abang Ahmadenijad memang dah tak sihat dari hari Isnin lagi. Pada hari Isnin ( 3 Nov 2014 ) selepas Maghrib, kami bawa Ahmadenijad ke klinik. Alhamdulillah sekarang Ahmadenijad dah sihat.

Selepas ambil Ahmadenijad di Tadika ABC di Seksyen 15, kami terus mencari kedai makan. Kami singgah di Kembangan Paradise Bistro. Keadaan cuaca masih lagi renyai-renyai. 


Gambar sebelah kiri diambil dari sudut pandangan dalam kereta : )
Gambar sebelah kanan lak tangan A'shadieeyah yang sibuk nak tengok aper menu kat sini. Eeemmmm... pandai baca ker hihiii ker tengok gambar jer. Abang Ahmadenijad lak mukanya masam jer sebab ngantuk dan baru bangun tidur...zzzz



Menu-menu yang menarik dan harga yang berpatutan. Abaikan gambar yang blurrrr tuuu hihiiii



Adik A'shadieeyah yang demam dan kepala bertepek tapi tetap senyum macam paksa jer hihiii ; )



Dah sampai pun air yang dipesan... barli panas dan teh o ais.



Nasi goreng kampung ( Gambar kanan ) dan Nasi Goreng Daging Merah.



Mee goreng (Gambar kiri ) kepunyaan Ahmadenijad dan udang goreng pula untuk A'shadieeyah (Gambar kanan ). Udangnya tak besar sangat, saiz kecil jer tapi sedap : )


Selesai makan, apa lagi ditunggu balikkk daaa hihiiii...




6 comments:

Jari Manis said...

Sekaang ni memang hujan x menentu kan Miesha itu sbb mudah kena demam. Bagaiman keadaan 2 org budak cute tu dah sihat hendaknya yek

miesha said...

Alhamdulillah JM kedua2 anak dah sihat : )

ijad said...

sedap mee tu..

miesha said...

anak suka sangat mee

ros_reeza said...

Moga cepat sembuh.. Memang keadaan cuaca yang berubah ubah, kena jaga kesihatan..
Walau udang tu kecik, tapi memang nampao sedap kak.. Maklumlah Ros ni penggemar udang. Hihi

miesha said...

~ros_reeza~
Trima kasih mendoakan anak2 saya.