Thursday 9 April 2015

Ikan BaKar ~ Bersama Petai

Malam nie 9 April 2015 (Khamis), suami belanja kami anak beranak makan di Ana Ikan Bakar Petai, Bandar Baru Bangi. Restoran ini terletak di Lot 29991, Persiaran Kemajuan, (Sebelah Balai Bomba Bandar Baru Bangi), Bandar Baru Bangi, Selangor. Boleh klik di link nie untuk mengetahui lebih lanjut tentang restoran nie yer    http://aibpbangi.blogspot.my/


Sayur Kalian dan TomYam campur.


Sotong dan udang masak masam manis. Berbaloi sangat sebab udang nie besar-besar : )


Bertepek-tepek petai kat atas ikan bakar nie. Memang sedap ikan bakar nie, rasa isi ikan yang lembut kerana dibakar dengan sempurna. Nampak jer daun pisang tu macam terbakar hangus tapi isi ikannya lembut. Sedap sangat ikan bakar dimakan bersama nasi panas, tom yam campur dan sayur kalian hihiii menu yang dipesan untuk makan malam : )



Kami memesan ikan jenahak dan ikan siakap bakar petai. Ikan Bakar ini dimasak bersama dengan sambal atau pes ikan bakar dan dihiasi atas ikan tersebut ialah petai. Kalau yang tak suka petai tu kena laa maklumkan awal-awal lagi yer. Ikan bakar nie boleh dimakan bersama dengan kicap pedas atau air asam, pilih jer nak yang mana anda suka : ) kalau tak suka, makan ikan bakar tu saje pun ok sebab ikan nie dah diperap dengan pes / sambal ikan bakar.



Licin dah pinggan nie, puas nak menghabiskan lauk. Abah pesan ikan bakar sampai 2 ekor bersaiz besar lak tuu... Alhamdulillah kenyang sudah : ) Harga makanan kami malam nie RM 148.60, berbaloi dengan makanan yang banyak dan sedap.


Inilah kedai Ana Ikan Bakar Petai. Meja-meja untuk pengunjung banyak disediakan di sini. Tapi kedai nie sentiasa dikunjungi oleh ramai pengunjung yang ingin menikmati hidangan di sini. Jom berkunjung ke sini menjamu selera bersama keluarga tersayang : )





No comments:

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...