Wednesday 22 April 2015

Pembedahan ~ abah di Hospital

Sejak akhir-akhir nie, suami kerap sakit kaki, terutamanya di bahagian lutut. Jelas kelihatan  bahagian atas lutunya membengkak. Hari minggunya (19 April 2015), pergi ke klinik dan dimaklumkan bukan gaout. Doktor menyarankan suami ke hospital. Hari isnin, suami bercuti dan pergi ke hospital. Suami diarahkan untuk berada di hospital pada keesokannya iaitu Selasa (21 April 2015). 

Hari nie 21 April 2015 ( Selasa ), seperti biasa Ahmadenijad pulang ke sekolah pada pukul 6.30 petang. Selepas ummi dan abah ambil Ahmadenijad, keadaan Ahmadenijad kelihatan letih dan tidak bermaya. Kami ke rumah mak tok Ahmadenijad. Ahmadenijad muntah-muntah selepas balik dari sekolah. Keadaan Ahmadenijad semakin lemah setelah 2 kali muntah-muntah. Kami membawanya ke klinik. Balik dari klinik, Ahmadenijad tertidur dengan nyenyaknya dalam kereta. 

Perjalanan malam tu diteruskan ke Pusat Rawatan Az-Zahra. Malam nie pula abah kena masuk ke sana untuk pemeriksaan kakinya tu. Hari nie juga suami buat pemeriksaan X-ray. Saya dan anak-anak balik ke rumah dengan keadaan Ahmadenijad yang demam. Keesokannya, Ahmadenijad tak pergi ke sekolah kerana keadaannya yang masih lemah. 

Hari nie 22 April 2015 (Rabu) aktiviti kokurikulum tiada kerana paginya telah diadakan pertandingan sukan untuk murid bagi acara padang. Jadi petang nie, pergi melawat suami yang telah dimasukkan ke Hospital Islam Az-Zahrah. Bawa anak-anak pergi melawat abah di hospital. Pagi nie juga abah kepada Ahmadenijad perlu menjalani MRI (Magnetic Resonance Imaging). Setelah melakukan MRI, doktor memaklumkan kemungkinan besar suami perlu menjalani pembedahan.  Duduk laa abah kat sini 3 hari 2 malam, untuk pemeriksaan lanjut sebelum pembedahan.


 Ahmadenijad tak sekolah hari nie, tak sihat muntah-muntah semalam. Melompat-lompat jer kerja dua beradik nie semasa kat Hospital Az-Zahrah.

Kami meminta supaya dipindahkan ke KPJ Kajang untuk melakukan pembedahan di sana. Pada 29 Mei 2015 (Rabu) suami perlu ke hospital pada jam 9 pagi. Pembedahan dilakukan pada sebelah petangnya. Tempoh masa dua jam diperlukan untuk pembedahan tersebut.

   Malamnya pergi melawat suami di Hospital KPJ bersama anak-anak dan kak ipar. Di Hospital KPJ pula suami perlu duduk di sini selama 4 hari 3 malam. Selama itu juga, setiap petang saya dan anak-anak akan melawat suami yang berada di KPJ.

 Malam pertama abah tido kat KPJ. Malam baru boleh melawat abah, siang ummi sekolah dari pagi sampai jam 6.30 petang baru balik rumah. Anak-anak rindu kat abah : )


 Dua orang budak yang tak berhenti-henti nak bermain kat hospital. Melawat abah, siap bawa permainan lagi dua orang nie. 


Hari Sabtu pada malamnya (2 Mei 2015) suami dah boleh discaj. Tapi dari pagi lagi suami kata akan discaj hari nie. Tapi tak pasti waktunya kena tunggu doktor maklumkan. Rupanya, dah malam baru boleh discaj. Suami juga perlu berehat dan diberikan cuti selama 2 bulan.   Seronok laa yer cuti lama  : )


Menu pada 30 April 2015 (Khamis) di KPJ. 

Suami masih lagi tak boleh berjalan jauh walaupun menggunakan tongkat. Kami minta bantuan jururawat untuk membawa suami menggunakan kerusi roda dan turun ke lobi. Kesian tengok suami yang seakan menahan kesakitan yang teramat.

Bila dah berada di rumah, suami masih lagi tak berapa kuat untuk bergerak. Masih bergantung dengan tongkat. Malahan, sakit selepas pembedahan tu masih terasa. Bisa dan berdenyut-denyut lagi kata suami. Abang ipar mencadangkan kedai di Seremban iaitu kedai perubatan cina. Abang ipar telah membelikan ubat buat suami. Selepas makan ubat tersebut beberapa kali, keadaan suami semakin baik. Bisa-bisa semakin kurang. Oleh itu, setiap hujung minggu sekiranya kehabisan ubat, kami pergi ke Seremban.



Seminggu selepas suami balik ke rumah, A'shadieeyah pula demam (9 Mei 2015 ~ Sabtu) sebelum tuu abang Ahmadenijad yang demam dan muntah-muntah.


Masih tersenyum lagi tuu hihiii...  cuba bagi ubat, aduhhh haiii sayang niee memang menangis laa. Puas pujuk baru nak makan ubat. 





2 comments:

AtieYusof said...

Salam perkenalan sis..
semoga suami sis cepat sembuh ya...

Jari Manis said...

dugaan betul buat miesha masa ni kan..ahmadenijad demam. suami masuk spital, i kecik pun demam...tak pe Miesha kuat!

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...