


Ahmadenijad bersama abah dan ummi...ketika ini berusia sebelas bulan lebih...
Setelah siap kesemua roti lilit tadi pun sedia untuk dibakar. Pelajar telah keluar dari kelas 5 Bestari dan mencari ranting-ranting serta kayu untuk dibakar dan dijadikan unggun api. Kegunaan unggun api ini adalah untuk membakar roti lilit. Pelajar tidak digalakkan terus membakar roti lilit ketika api sedang marak membakar ranting dan kayu kerana ini akan menyebabkan roti lilit tersebut akan hangus terbakar.
Inilah hasilnya...roti lilit nie terhangus sikit laaa...tapi sedap dan boleh tahan jugak laaa rasanyer.
Pelajar membuat unggun api dengan bantuan serta pemantauan oleh guru. Pelajar juga begitu rajin mencari ranting dan kayu untuk dijadikan unggun api. Tujuan aktiviti membuat dan memasak roti lilit ialah sebagai persediaan untuk menghadapi hari perkhemahan yang akan dianjurkan oleh sekolah. Resepi roti lilit ini adalah sangat sesuai untuk dimasak semasa perkhemahan para pelajar nanti.
Bukan main lain gayanya sedang menjamu selera 'roti lilit'. Pelajar mengadu kepada saya "Cikgu...sedap la roti lilit nie..ada rasa manis-manis...nak buat lagi laaa". Tunggu perkhemahan nanti buat roti lilit yer.
Gambar ketika Ahmadenijad berusia 10 bulan 22 hari pada 1 jun 2009
Sebelum Ahmadenijad mengguntingkan rambutnya yang ikal mayang nie...

Tengok laaa muka Ahmadenijad nie...masam jer muka nyer.
Semasa digunting rambutnya, Ahmadenijad tak menangis pun dan tidak juga senyum. Agaknya kenapa laaa rambutku dipotong sebegini pendek...

Tengok lah muka dia masam jer...kesian rambut dia kena gunting pendek.

Selepas guntig rambut, keadaan Ahmadenijad semakin ceria di rumah berbanding semasa diguntingkan rambutnya tadi.

Gembira jer Ahmadenijad...
Seronok Ahmadenijad bermain dengan menggayakan rambut barunya tu...
Ahmadenijad dah tidoooo...Penat bermain Ahmadenijad pun baring-baring dan ummi pun gosok-gosok & urut-urut belakang Ahmadenijad. Tengok-tengok dia dah tertidur...Semasa saya nak balik ke Kuching tak sempat tengok dia bermain-main, sebab dia baru jer tido. Tunggu cuti sekolah pada 22 Ogos 2009 nanti ummi akan balik semula ke bangi dan jumpa dengan Ahmadenijad.
AhMaDeNiJaD AL-HaRiTs dan abah di KLCC
AhMaDeNiJad AL-HaRiTs di Kuala Lumpur City Centre (KLCC)
Sukanyer laaa Ahmadenijad bila ummi bawa dia ditengah-tengah pancutan air nie...gelap la pulak gambar nyer...
Dihadapan pintu masuk ke Petrosains, KLCC. Setakat bergambar kat depan nie jer...tak masuk dalam pun...Ahmadenijad sedang lena dibuai mimpi..hehe..hehe..
Selepas berjalan ke kawasan KLCC, kami pun pergi ke Keramat untuk menghadiri majlis perkahwinan anak kak maziah (kak maziah sepupu kepada suami saya). Selamat pengantin baru buat Zulhilmi dan pasangannya Allia.
Ahmadenijad & Abang Ajik (sepupu kepada Ahmadenijad), sedondon baju mereka berdua nie...
Majlis perkahwinan mempelai ini diadakan di Dewan MPAJ AU 2, Jalan AU2A, Taman Keramat, Kuala Lumpur.
Lauk-pauk memang best...biasa laa kak mazia nie catering...memang masakan dia best laaa... Masa saya buat majlis perkahwinan di Bangi pun guna kak mazia catering...tengok laa makanan saya tuuu, dalam pinggan tu sampai tak nampak nasi sebab penuh ngan lauk...kui..kuii
Ahmadenijad dah tunjuk muka boring dia...balik jer dari majlis nie...masuk jer dalam kereta...baru jalan dalam 5 minit...Ahmadenijad dah muntah, habis baju ummi kotor. Kami pun berhenti kat masjid berhampiran dengan dewan perkahwinan tadi dan basuh Ahmadenijad. Petangnya juga terus bawa Ahmadenijad ke Hospital Az-Zaharah di Bandar Baru Bangi.
Ahmadenijad di Pusat Rawatan Az Zaharah...main kuda tiruan..heee.hee.

AhMaDeNiJaD duduk di tepi sebalik dinding bercermin, masa nie tengah sarapan pagi di hotel Rossa Passadenna.
Ummi & Abah AhMaDeNiJaD masa nie tengah makan kat restoran berhampiran hotel bersama AhMaDeNiJaD, AhMaDeNiJaD lak tidooo... Abah AhMaDeNiJaD belikan sarung tangan untuk AhMaDeNijad...bila bangun pagi AhMaDeNiJaD pun membelek-belek la tangan dia sebab pelik kot apasal laaa tangan aku nie berbelang-belang macam nie....hee...heee...heeee...
Satu cara AhMaDeNiJaD bila kita kata 'kiss' maka dia pun akan mencium laa kita. Saya pun kata la pada AhMaDeNiJaD, 'kiss kakak'. Rakan AhMaDeNiJaD yang baru dikenali tadi pun lari dan bersembunyi disebalik belakang ibunya. KENAPA YER...

Rupanya takut laaa dengan AhMaDeNiJaD sebab, AhMaDeNiJaD nie bila kita kata 'kiss' dia memang nak cium tapi mulutnya ternganga macam nak gigit jer. Maka, siapa yang tengok mestilah takut. Tapi masa nie AhMaDeNiJaD belum ada gigi lagi, baru nak tumbuh giginya...

Sekelompok bunga yang begitu cantik, tapi tak tau laaa apa nama bunga niee...
PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...