Monday 27 July 2009

JaLaN-JaLaN di KuALa LuMpUR

AhMaDeNiJaD AL-HaRiTs & KLCC

AhMaDeNiJaD AL-HaRiTs dan abah di KLCC

Pada 25 Julai kami berjalan-jalan ke Jalan TAR, KLCC dan pergi menghadiri majlis perkahwinan anak kak Mazia (sepupu suami) iaitu Zulhelmi dengan pasangannya Allia di Dewan MPAJ AU2, Taman Keramat.

'Laman Tunku Abdul Rahman' yang berada di belakang saya dan Ahmadenijad nie ialah tandas...cantik sangat tandas nie dan bersih.Nak masuk kena bayar dulu yer...

AhMaDeNiJaD bersama ummi dan abah bertolak awal pagi sekitar jam 8.30 pagi dan sampai di Jalan TAR, saya pergi ke Mydin, dan pergi ke Gedung Kain Jakel untuk membeli kain nak dibuat baju raya. Beli 3 pasang jer kain kat sini, dan terus ke kedai kain Nagoya. Kat sini lebih banyak kain yang menarik perhatian saya dan apa lagi borong kain lagi laaa. Tema warna untuk raya nie, warna unggu.

AhMaDeNiJad AL-HaRiTs di Kuala Lumpur City Centre (KLCC)


Selepas itu pergi ke Kuala Kumpur City Centre (KLCC), tujuan ke sini ialah nak pergi ke pusat Maxis nak 'phone setting' untuk telefon baru saya pemberian daripada suami untuk hari jadi saya yang lalu.
Sukanyer laaa Ahmadenijad bila ummi bawa dia ditengah-tengah pancutan air nie...gelap la pulak gambar nyer...


Ahmadenijad suka sangat tengok air pancut yang ada dihadapan KLCC...siap tunjuk ke arah air tu lagi...


Menjamu selera di KLCC...

Dihadapan pintu masuk ke Petrosains, KLCC. Setakat bergambar kat depan nie jer...tak masuk dalam pun...Ahmadenijad sedang lena dibuai mimpi..hehe..hehe..


Selepas berjalan ke kawasan KLCC, kami pun pergi ke Keramat untuk menghadiri majlis perkahwinan anak kak maziah (kak maziah sepupu kepada suami saya). Selamat pengantin baru buat Zulhilmi dan pasangannya Allia.

Ahmadenijad & Abang Ajik (sepupu kepada Ahmadenijad), sedondon baju mereka berdua nie...

Majlis perkahwinan mempelai ini diadakan di Dewan MPAJ AU 2, Jalan AU2A, Taman Keramat, Kuala Lumpur.

Lauk-pauk memang best...biasa laa kak mazia nie catering...memang masakan dia best laaa... Masa saya buat majlis perkahwinan di Bangi pun guna kak mazia catering...tengok laa makanan saya tuuu, dalam pinggan tu sampai tak nampak nasi sebab penuh ngan lauk...kui..kuii

Ahmadenijad dah tunjuk muka boring dia...balik jer dari majlis nie...masuk jer dalam kereta...baru jalan dalam 5 minit...Ahmadenijad dah muntah, habis baju ummi kotor. Kami pun berhenti kat masjid berhampiran dengan dewan perkahwinan tadi dan basuh Ahmadenijad. Petangnya juga terus bawa Ahmadenijad ke Hospital Az-Zaharah di Bandar Baru Bangi.

Ahmadenijad di Pusat Rawatan Az Zaharah...main kuda tiruan..heee.hee.

No comments:

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...