Thursday 30 July 2009

PPIM, MEMBUAT ROTI LILIT

RoTi LiLiT



Pelajar bersama 'ROTI LILIT' yang telah sedia dimasak, tunggu nak dimakan jer lagi...

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Sekolah Kebangsaan Mejar Jeneral Dato Ibrahim, Kem Semengo telah mengadakan aktiviti membuat ' Roti Lilit '. Aktiviti tersebut begitu menarik sekali dan pelajar-pelajar SKMJDI juga berasa seronok melakukan aktiviti tersebut.

Pelajar mencampurkan kesemua bahan-bahan dan diuli sehingga menjadi doh...

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat roti lilit ialah:


* Tepung gandum
* Sedikit garam
* Sedikit gula
* Air secukupnya
* Bilah satay


Bahan-bahan ini diadunkan bersama dan diuli sehingga menjadi doh. Setelah itu, doh tersebut dibahagikan kepada saiz yang lebih kecil dan digentel sehingga panjang dan bolehlah dililitkan pada bilah satay.

Seronoknyer pelajar-pelajar nie menguli tepung...
'Roti Lilit' yang telah sedia untuk dibakar.

Setelah siap kesemua roti lilit tadi pun sedia untuk dibakar. Pelajar telah keluar dari kelas 5 Bestari dan mencari ranting-ranting serta kayu untuk dibakar dan dijadikan unggun api. Kegunaan unggun api ini adalah untuk membakar roti lilit. Pelajar tidak digalakkan terus membakar roti lilit ketika api sedang marak membakar ranting dan kayu kerana ini akan menyebabkan roti lilit tersebut akan hangus terbakar.



Pelajar sedang membakar 'roti lilit', rentung bilah satay tuuuu dijilat api...hehe...hee..



Tak sabar pelajar-pelajar nie nak merasa 'roti lilit' yang dibuat oleh mereka...



Inilah hasilnya...roti lilit nie terhangus sikit laaa...tapi sedap dan boleh tahan jugak laaa rasanyer.

Pelajar membuat unggun api dengan bantuan serta pemantauan oleh guru. Pelajar juga begitu rajin mencari ranting dan kayu untuk dijadikan unggun api. Tujuan aktiviti membuat dan memasak roti lilit ialah sebagai persediaan untuk menghadapi hari perkhemahan yang akan dianjurkan oleh sekolah. Resepi roti lilit ini adalah sangat sesuai untuk dimasak semasa perkhemahan para pelajar nanti.




Bukan main lain gayanya sedang menjamu selera 'roti lilit'. Pelajar mengadu kepada saya "Cikgu...sedap la roti lilit nie..ada rasa manis-manis...nak buat lagi laaa". Tunggu perkhemahan nanti buat roti lilit yer.

2 comments:

iezah azizam said...

sedapnya nampak roti lilit tu miesha...... time berkemah ke berkelah ka syok la nak buat kan?

miesha said...

salam iezah..memang best buat roti lilit nie dan sesuai untuk berkhemah... :)

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...