Program Amali Pendidikan Luar bermula pada 11 Mei 2009 sehingga 15 Mei 2009 di Kem Pueh, Lundu. Seawal jam 5.30 pagi kami telah berkumpul di Dewan TAZA, kerana banyak barang yang perlu diangkut dari gym ke Dewan TAZA dan juga banyak batang buluh untuk dibuat khemah dan gadjet yang di bawa dari IPGM ke Kem Pueh. Perjalanan kami pada pagi ini agak lewat sedikit dari yang dirancang kerana ada masalah dengan pengangkutan kami iaitu bas yang disewa. Namun, segala masalah dapat diatasi dan kami bertolak dan sampai di Lundu pada jam 9 pagi. Kami bersarapan di sana dan kemudian bertolak semula untuk ke Kem Pueh. Sesampai di Kem Pueh, kami memunggah barang-barang dan segala peralatan untuk dibawa ke tapak perkhemahan. Kami berganding bahu dan bekerjsama untuk memunggah semua peralatan dan ini memudahkan kerja kami.
Membawa batang buluh menggunakan kereta sorong untuk di bawa ke tapak perkhemahan.
Kami menjamu selera pada malam pertama kami di Kem Pueh.
Keesokkannya hari kedua (12 Mei 2009 - Selasa) kami ada aktiviti berkayak, dan juga ujian berkayak. Ujian meliputi kepada menyelamatkan kayak dan anatomi kayak. Selepas kami selesai ujian menyelamatkan kayak, kami berkayak pula ke Teluk Bekucing dan memulakan aktiviti memasak untuk makan tengah hari. Hari ini kami memasak sayur kobis yang dicampur dengan sedikit ayam, ayam bersup dan ikan bakar (bakar dalam aluminium foil). Bila saat menjamu selera memang best laaa...
Sambil memasak tu juga kami ada ujian anatomi untuk kayak... nombor giliran akan dipanggil dan ikut giliran laaa yer untuk ujian anatomi nie. ok laaa boleh jawab...
Semasa berkayak di laut yang terbentang luas...memang cantik sangat pemandangan disini
Keseronokan yang jelas tergambar, seronok main air niee...
Memandangkan hanya kat kawasan tersebut ada air jernih yang tawar, rakan-rakan membasahkan badan mereka yang melekit kerana air masin. Punya la seronoknyer, kalau dilihat aliran air ini kecik jer, tapi bukan main suka lagi kami mandi kat sini siap meniarap lagi tu...yang paling lucu ialah menggunakan kasut getah untuk cedok air tuuu...
Khusyuk mendengar taklimat mengenai abseiling sebelum memulakan aktiviti, siap menyokong dagu tuuu... Aktiviti abseiling diadakan pada hari ke 3 di Kem Pueh iaitu Rabu (13 Mei 2009). Sebelum melakukan aktiviti abseiling juga kami kena diuji dahulu dengan mengetahui peralatan-peralatan yang digunakan semasa melakukan abseiling serta perkara-perkara penting yang perlu dilakukan ketika melakukan aktiviti abseiling ini. Memandangkan kami telah mengikuti aktiviti ini semasa program simulasi pendidikan luar, maka setiap dari kami telah mempunyai pengalaman yang boleh digunakan untuk ujian yang sebenar ini.
Selepas ujian abseiling, kami diuji lagi dengan ujian ikatan dan simpulan...ujian nie memang susah la jugak kalau tak pandai membuat ikatan memasang pasak ataupun dikenali sebagai anchoring yang menggunakan ikatan tindih kasih berganda (double-bowline) dan juga cara penjagaan serta penyimpanan tali dengan menggunakan eight coil.
Selepas makan tengah hari, kami bersiap sedia untuk aktiviti 'solo camping'. Aktiviti ini memang mencabar fizikal dan minda, kerana setiap pelajar akan ditinggalkan disatu-satu tempat dan dikehendaki membuat khemah dan memasak makanan sendiri. Perjalanan dari Kem Pueh ke tempat atau tapak 'solo camping' terasa jauh kerana cuaca yang panas serta bebanan barang yang dibawa dan ianya cukup menguji fizikal dan mental kami.
Sesampai kami di tapak pusat untuk aktiviti solo camping, kami diberikan 'bilik-bilik istimewa' masing-masing. Maka, tinggal la kami bersendirian di tapak yang telah diberikan. Saya pula memulakan aktiviti membersihkan sekitar kawasan khemah serta saya juga menghidupkan api sebelum matahari terbenam. Saya tak pasti pukul berapa kerana segala jam tangan kami tidak boleh digunakan dan ianya disimpan oleh pensyarah. Tetapi yang pasti hari memang sudah hampir lewat petang, lagipun pokok-pokok di dalam hutan menghalang cahaya daripada memasuki ke lantai hutan dan ini menyebabkan hari semakin gelap. Saya berjaya menghidupkan api dengan sekali percubaan. Kami diberikan hanya 3 batang mancis sahaja, sekiranya ketiga-tiga mancis telah digunakan maka pandai-pandai la mencari alternatif lain.
Pada petang itu juga setelah selesai memasang khemah, saya menyediakan makanan untuk makan malam. Saya membuka bungkusan plastik yang mengandungi makanan yang diberikan kepada kami sebelum bertolak tadi yang mengandungi beras, sardin dalam tin, seekor ikan selar, maggie, telur masin, limau, biskut, air mineral, garam, gula, teh, nescafe 3 in 1, dan krim sapu untuk menggelakkan diri dari gigitan nyamuk.
Saya hanya masak maggie dan ikan bakar untuk makan malam, saya juga makan biskut. Tidak pula terasa lapar untuk makan pada malam tersebut. Beras yang dibekalkan saya masak pada keesokkan paginya. Pada petang itu juga saya mencari sebanyak yang mungkin kayu untuk dibuat unggun api nanti. Sepanjang malam, memang menyeronokkan kerana bermain dengan api dan saya juga kekurangan kayu api pada malam tersebut. Selamat la, pensyarah dan jurulatih datang menjenguk kami diawal malam tersebut dan menolong saya mencari kayu api. Sekali lagi di awal pagi lebih kurang jam 4 pagi, pensyarah & jurulatih datang melawat dan membantu serta memberikan kami kayu api untuk dibakar. Perjalanan pada malam itu terasa singkat kerana saya merasakan begitu cepat malam itu berlalu. Kenangan solo camping tetap terpahat diingatan dan merupakan pengalaman yang cukup indah untuk dikongsi bersama rakan dan anak murid saya nanti.
Pagi ini kami berkumpul di pusat solo camping kerana selepas ini kami akan melakukan pula aktiviti orienteering
Bergambar kenangan di hadapan pintu masuk Kem Pueh, Lundu.Kami sampai di Kem Pueh pada jam 12.15 tengah hari dan merupakan kumpulan pertama yang sampai iaitu Kumpulan Daun Sirih. Pensyarah yang mengiringi kami ialah Pn. Puspaleela, En. Wahid Bujang dan Pn. Florina.
'Malam Mesra', kami membuat persembahan berkumpulan serta nyanyian karaoke oleh setiap guru pelatih, pensyarah dan jurulatih.
'Malam Mesra' diadakan pada 14 Mei 2009, sebagai meraikan kejayaan kami mengharungi pelbagai aktiviti yang cukup mencabar dan kami begitu gembira kerana berjaya kesemua aktiviti tersebut dengan jayanya. Terima kasih kepada pensyarah, jurulatih, penilai luar dan sesiapa juga yang terlibat dalam program amali pendidikan luar di Kem Pueh, Lundu.
3 comments:
baru je jumpa this blog,.....aku cek my blog tiba2 dapat blog so tak sia2 aku cek. hope my member always happy n chat d samping fmly....from aboh at keningau sabah,.....
ok akak.. nnt umie sggh kat FP akak ek..
salam dik .. thanx drop by akak nyer blog ..
waaaaaaaa best2 meriah ramai2 nieh .. banyak xtvt nieh ...
ermm miesha asal sarawak ker .. atau berkerja disana
Post a Comment