Thursday 15 January 2009

PeNgLaMaN iNdAh - KeLaHiRaN AhMaDeNiJaD

Pada malamnya bertarikh 09.07.08, memang dah sakit terutamanya selepas saya balik dari klinik. Saya pi klinik kerana ‘bleeding’, tapi ‘start bleeding’ tu pun dah seminggu dari hari khamis (03.07.08). Memandangkan tarikh dijangka bersalin pada 10.07.08, jadi doktor memberikan surat menyatakan keadaan saya untuk dibawa ke hospital dengan bukaan rahim 1-2cm. Balik dari klinik, singgah kerumah mak di Bangi Perdana sambil makan roti canai. Balik dari rumah mak dalam jam hampir10 malam, sesampai di rumah, sakit perutnya makin kuat. Jam 11 malam sakit makin kuat setiap 8 minit, sempat juga saya melihat jam tangan untuk memastikan berapa minit sakit perut tersebut berulang. Sah, setiap 8 minit, sakit akan datang. Lama-kelamaan sakit tersebut makin kerap setiap 5 minit, tapi masih lagi saya berbaring untuk tidur. Malangnya memang tidur tak nyenyak kerana bila saya terlelap, sakit akan datang lagi setiap 5 minit. Jam 12 lebih pagi, saya memberitahu suami yang ketika itu menonton TV untuk bersiap sedia segala keperluan barang-barang bayi dan barang-barang saya untuk bergerak ke hospital. Sesampai dihospital, keadaan saya masih ok lagi, tak la sakit sangat, cuma sakit setiap 5 minit tu masih ada lagi laaa…

Pada jam 2 pagi lebih gitu la, doktor memberitahu dia akan pecahkan air ketuban. Setelah dipecahkan air ketuban, keadaan saya memang sakit laaa…jam 4 pagi gitu dibawa kebilik bersalin, disini saya ditemani oleh suami saya. Ketika di sini, hanya Allah SWT yang tahu betapa sakitnya, sakitnya bukan berpanjangan, tetapi selang setiap 4 ke 5 minit sakit tu akan datang dan sakitnya makin sakit sangat2…

Jururawat menyatakan sekiranya saya rasa nak ‘teran’ sangat-sangat, tekan butang loceng disitu. Jururawat juga menasihati saya supaya jangan menekan loceng sekiranya tidak rasa nak meneran sangat, takut nanti kena marah pulak. Bila dah diberi amaran sebegitu, jadi seram la pulak takut kena marah sesuka hati menekan loceng. Memandangkan ini pengalaman pertama melahirkan anak, saya kurang memahami arahan jururawat tersebut. Ketika sakit datang setiap 5 minit, sememangnya saya meneran kerana rasa sakit, bukan dibuat-buat tetapi semulajadi terpaksa meneran. Saya memangil jururawat melalui loceng tersebut, saya bertanya “ kalau nak meneran macam mana, saya perlu teran sahaja ker or ada cara lain”. “sekiranya rasa nak meneran, mengiring ke kiri, tarik nafas dan sedut oksigen yang diberikan” kata jururawat.

Apa pun yang dikatakan oleh jururawat tadi memang tak berkesan rasanya saya memang dah sakit dan meneran setiap kali sakit. Akhirnya Doktor sampai dan melihat saya, “dah sampai masa nie jadi awak kena tarik nafas panjang dan meneran yer” kata doktor.

Bermulalah episod meneran, doktor menyatakan cara saya meneran tidak betul. Sekiranya hendak meneran jangan berbunyi suara, teran dengan sekuat hati dan nafas mestilah panjang. Banyak kali saya cuba meneran tapi tidak berjaya, cara pernafasan saya untuk meneran adalah pendek. Saya hampir berputus asa, sakit sangat dah meneran, tekak saya dahaga dan kering sangat.

“Doktor saya dahaga sangat, bibir saya kering, boleh minum?” kata saya pada doktor. “ Puan boleh minum selepas lahirkan baby nanti, sekarang kena meneran lagi kalau tak takut nanti bayi puan lemas kerana dah berapa kali teran, kepala baby dah keluar dan masuk semula nie” kata doktor.

Saya cuba meneran apabila sakit tersebut datang semula, saya perlu mengambil nafas panjang dan cuba meneran, sayangnya nafas saya sekerat jalan, dan doktor menyuruh saya memegang kepala bayi yang dah keluar sikit itu sebagai semangat la kononnya…Doktor memberi saya 10 minit sahaja untuk proses meneran sekiranya saya masih gagal juga, dia akan memanggil 2 orang lagi untuk membantu bagi proses “forceps”, or “cavuum”. Bila dengar doktor kata sedemikian, saya jadi takut dan tak berdaya kerana dah habis rasanya tenaga saya.



Ahmadenijad pada petang hari dilahirkan, belum sampai 24 jam lagi.Pagi dilahirkan, petang jam 6.30 dah balik ke rumah.


Akhirnya suami saya bagi semangat kepada saya, katanya “ok sayang, ini yang last yer, ok last cubaan”. Sememangnya percubaan yang akhir itu adalah yang terakhir bagi saya kerana baby berjaya dikeluarkan. Ahmadenijad dilahirkan di Selangor pada 10 Julai 2008 hari Khamis pada jam 5.13 pagi dengan berat 3.4 kg. Alhamdulillah selamat semuanya, doktor meletakan bayi di atas dada saya, perasaan terharu menghantui saya setelah melihat baby tersebut.

Setelah semuanya selesai, akhirnya saya diberi minuman, hilang rasa dahaga saya…


Berusia 9 hari...gambar selepas balik dari Pusat Rawatan Al-Zaharah, Bangi.

Semasa didalam pantang Ahmadenijad tidak diserang penyakit kuning…Alhamdulillah. Ketika umurnya 2 bulan lebih iaitu 5 hari lagi nak 3 bulan (5.10.09), tarikh yang sama ketika kami berpindah kerumah baru di Bangi, Ahmadenijad sudah pandai meniarap. Ketika usia 3 bulan sudah mahir la meniarap dan berguling-guling. Usia 4 bulan hampir ke 5 bulan, ketika di Sarawak, Ahmadenijad sudah pandai merangkak….dikala usia 5 bulan itu juga dia sudah pandai berdiri dengan adanya sokongan seperti meja, kerusi dan seumpamanya.



Ketika usia genap 6 bulan pada 10 Januari 2009


Ceria di usia 6 bulan...


Kini Ahmadenijad Al-Harits genap 6 bulan pada 10 Januari 2009. Diusia 6 bulan nie, Ahmadenijad suka berdiri dan melepaskan tangannya ketika berpaut pada sokongan menyebabkan jatuh dan ada la juga benjolnya. Ketika umur 5 bulan, Ahmadenijad kena suntik 2 kali, selang 2 minggu saja dari suntikan yang pertama. Suntikan yang kedua pada usia 5 bulan, Ahmadenijad tidak menangis pun (Ahmadenijad juga tidak menangis ketika disuntik pada usia 3 bulan). Tapi pada keesokkan harinya, paha yang dicucuk tersebut telah bengkak. Kesian Niejad, keadaannya kurang sihat, hidungnya berhingus sedikit. Semalam (14.01.2009), kami membawanya ke Klinik untuk pemeriksaan. Dr. menyatakan demamnya tak kuat sangat. Ahmadenijad diberi 3 jenis ubat iaitu ubat demam, selsema dan lender/kahak. Ahamdenijad akan dicucuk semula pada usianya setahun nanti.


Kini Ahmadenijad dah makan biskut, mulut tu comot makan biskut laaa. Kalau bagi makan bubur, akan disemburnya bubur tu. Ahmadenijad nie tak suka makan benda-benda lembut macam bubur dan yang seangkatan dengannya. Dia suka makan benda-benda yang boleh dikunyah, macam nasi dan biskut, memang dia suka sangat.

Lihat la aksinya tu....memanjat jer kerjanya.

Wednesday 7 January 2009

PALESTIN


Muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini 7 Januari 2009 menunjukkan mayat seorang kanak-kanak perempuan yang hanya nampak kepala ditemui di bawah runtuhan rumahnya yang musah disebabkan oleh serangan tentera zionis yang kejam di Gaza (Gambar di atas; Utusan Malaysia; 7 Jan 09).

Bila saya melihat muka depan akhbar pada pagi ini, hati saya rasa teramat sayu dan sedih melihat kanak-kanak yang tidak berdosa ini mati ditangan tentera yang kejam dan tidak berhati perut langsung. Mereka (Yahudi) langsung tidak menunjukkan belas kasihan terhadap sesama manusia. Menyerang orang awam, wanita dan kanak-kanak sesuka hati, memusnahkan tempat kediaman dan pelbagai lagi kedukaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin. Malahan, telah membuat sekatan keatas bantuan ubat-ubatan, air bersih dan makanan, ia turut menambahkan lagi kesengsaraan penduduk Palestin.

Kadang kala saya malas nak baca surat khabar kerana saya tak sanggup melihat dan membaca cerita mengenai Palestin dan kesengsaraan kehidupan mereka yang berpanjangan. Teramat pedih rasanya mata ini memandang kesengsaraan mereka, tetapi berat lagi bahu rakyat Palestin memikulnya. Bersamalah kita berdoa semoga mereka selamat dan terlepas dari kesengsaraan yang ditanggung tersebut.

Oleh itu, sama-samalah kita memboikot produk-produk milik / penyokong Yahudi. Senarai barangan tersebut boleh dilihat melalui laman "Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)" http://www.muslimconsumer.org.com


Tuesday 6 January 2009

Majlis "Dinner" di Hotel De Palma, Ampang

Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah dan 2009. Cepatnya masa berlalu dah masuk tahun baru pula. Semoga kita mempunyai azam yang kuat untuk meneruskan kehidupan dimuka bumi Allah SWT ini. Segala cita-cita serta azam yang tidak kesampaian pada tahun berikutnya dijadikan penyambung kepada tahun yang baru menjelma ini.

Bersyukur la kita pada tahun baru ini kita hidup di negara yang aman dan damai, tiada persengketaan, peperangan, serta kekacauan berlaku seperti mana di Palestin. Marilah juga kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan dan keselamatan bagi penduduk Palestin, semoga Allah SWT menurunkan bala ke atas orang-orang Israel yang menzalimi masyarakat Palestin.

Bergambar bersama Bienda, artis jemputan pada malam tersebut.

Pada 31 Disember 2008 yang lalu, saya dan suami menghadiri jamuan 'Dinner' di Hotel De Palma, Ampang. Majlis bermula pada pukul 8.30 malam. Memandangkan kebiasaanya jalan akan sesak, jadi kami merancang keluar dari rumah pada pukul 5.30 petang. Tetapi disebabkan perancangan yang terlajak dengan karenah Ahmadenijad, kami lambat pula bertolak dari rumah iaitu pada jam 6 petang baru la bertolak dari Bangi. Jalan seperti biasa jer, tapi bila dah sampai di kawasan Pandan Indah, jalan sudah sesak. Daripada kawasan tersebut sampai ke Ampang jer ambil masa dalam 45 minit. Sampai juga la di Hotel De Palma, Ampang pada jam hampir 8 malam. Saya dan suami pergi menunaikan solat maghrib dahulu di tingkat 3 hotel tersebut. Akhirnya sampai juga ke majlis makan malam...

Pada malam tersebut, artis jemputan yang dijemput untuk menyanyikan lagu ialah Bienda yang menyanyikan 4 buah lagu, antaranya ialah 'Penantian'.

Ahmadenijad pun sibuk nak makan, dia suka makan nasi kosong, so bagi sikit-sikit kat dia

Semasa tengah makan nie la Ahmadenijad mendengar lagu yang dinyanyikan oleh Bienda. Terus dia memusingkan kepalanya ke arah pentas dan tak toleh-toleh lagi dah ke tempat lain hanya pada Bienda sahaja tumpuannya. Kelakar pulak tengok Ahmadenijad nie, suka dia dengan nyanyian Bienda.

Menu yang menjadi pilihan saya pada malam tersebut.

Disebabkan terlalu banyak menu makanan pada malam tersebut, saya hanya memilih menu yang seperti gambar di atas sahaja. Jaga badan tuuu....

Bosan-bosan, abah bawa Ahmadenijad jalan-jalan keluar dari bilik jamuan.

Latar belakang tu adalah bunga yang ditaburkan di atas meja. Gambar kami sekeluarga.

Nasib menyebelahi saya pada malam tersebut kerana, saya mendapat cabutan bertuah. Hadiah yang diperolehi ialah 'hamper'. Besar juga hampar yang kami dapat pada malam tersebut. Tengoklah gambar di bawah, abah dan Ahmadenijad sibuk membuka hadiah, Ahmadenijad laaa lagi penyibuk, umur baru 5 bulan lebih tapi merangkak dah laju dan dah boleh berdiri dengan adanya sokongan.

Ahmadenijad sibuk menolong abah membuka hadiah.

Bersama hadiah yang dimenangi

Friday 2 January 2009

Jalan-jalan di Menara Berkembar PETRONAS / Kuala Lumpur City Centre

Bangunan Bank Simpanan Nasional

Pada 26 Disember 2008 (Jumaat), saya bersama rakan-rakan berjalan-jalan ke Menara Berkembar PETRONAS / Kuala Lumpur City Centre (KLCC) Sambil berjalan-jalan tu, sempat la juga mengambil beberapa bangunan yang berhampiran dengan KLCC. Antaranya ialah Bangunan Bank Simpanan Nasional (BSN), Angkasa Raya, dan Bangunan Public Bank.

Bangunan Angkasa Raya

Bangunan Public Bank

Papan tanda di persimpangan lampu isyarat berhadapan dengan KLCC

Pemandangan KLCC dimalam hari dan disiang hari

Menara Berkembar PETRONAS telah dibina diatas tapak seluas 40 hektar di kawasan segi tiga emas di Kuala Lumpur dan ia direka oleh arkitek Cesar Pelli dan disiapkan pada Mac 1996 dan dibuka pada 31 Ogos 1999. Untuk membuat tapak Menara Berkembar PETRONAS, bumi telah digali sedalam 117 meter iaitu setinggi bangunan 5 tingkat dengan sejumlah 7,000 meter padu simen konkrit telah dituangkan selama 2 minggu secara berterusan. Beratnya keseluruhan bangunan ialah 100,000 tan.

Menara ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang unik & pertama kali digunakan di Malaysia. Sewaktu berlaku gempa bumi atau puting beliung, menara ini akan condong, kecondongannya mengikut tiupan angin kencang hingga 1.5 meter. Apabila bencana reda, menara akan tegak seperti biasa.

Terdapat 12 biji lampu disekeliling menara ini yang berkelip-kelip 24 jam sehari. Setiap satunya berharga RM15,000.00. Jumlah kos pembinaan Menara Berkembar PETRONAS RM270 juta.

Cantik sangat lampu yang berada di siling pintu masuk KLCC. Lampu ker or arca ke tak tau la apa ker nama nyer.

Disalah satu pintu masuk KLCC, di atas kami berdiri ni lah terdapatnya lampu seperti di atas

Di KLCC ini terdapat pelbagai kemudahan antaranya ialah Kompleks membeli-belah yang terkenal iaitu "Suria KLCC", Taman KLCC, Surau, Jambatan Angkasa (Twin Tower Sky Bridge), KLCC Aquaria, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dll. Surau di bina di KLCC bagi kegunaan pengunjung di sini, surau ini didirikan berasaskan seni bina Islam dan mampu menampung sehingga 6,000 jemaah. Selain surau, terdapat juga Masjid Asy-Syakirin di KLCC yang terletak bersebelahan dengan bangunan KLCC.

Sky Bridge (jambatan angkasa) mempunyai laluan angkasa antara kedua menara pada tingkat 41 dan 42. Ia setinggi 170 meter dan sepanjang 58 meter. Tingkat yang sama juga dikenali sebagai podium kerana pelawat yang ingin pergi lebih tinggi perlu singgah untuk bertukar lif. Jambatan angkasa terbuka kepada semua tetapi perlu mengambil pas pelawat. Bagi yang nak mengambil pas tu, memang kena beratur awal pagi laaa, kalau tak tiket habissss.... masuk free jerr... Kalau sesiapa suka tengok filem Hindi pasti tahu filem "DON" lakonan Shah Rukh Khan yang berlatarkan lokasi di KLCC dan juga ada adengan yang dibuat di sky birdge nie. Memang sangat cantik sangat pemandangan KLCC di dalam filem tersebut.

Kedai-kedai yang digubah cantik membentuk bungkusan hadiah

Kedai-kedai yang cantik-cantik dan comel-comel ini berada di "Suria KLCC" tempat kompleks membeli-belah yang popular laaa... macam-macam ada...

Pokok Krismas yang diambil gambarnya dari tingkat 1 KLCC, memang tinggi betul pokok nie

Deretan kedai yang dihiasai cantik dengan hadiah yang bergantungan.


Pelbagai saiz dan warna boleh dilihat hadiah yang bergantungan di bumbung KLCC

Macam-macam ada dijual, duit jer la...kena ada yer

Pohon Krismas yang tinggi melampai serta dihiasi dengan pelbagai perhiasan yang turut menarik minat pengunjung KLCC. Gambar ini diambil dari ground floor KLCC, cantik sungguh dan tinggi yerrrr...

Taman KLCC, memang cantik dan selesa untuk bersantai disini

Di luar bangunan KLCC ada terdapat taman KLCC yang memang cantik sangat dengan pemandangan bangunan disekelilingnya dan juga terdapat air pancut, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat galeri seni ukir dan mural. Taman ini direka oleh Pasukan Pembanguann Taman KLCC.

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...