* Sedikit gula
Seronoknyer pelajar-pelajar nie menguli tepung...
'Roti Lilit' yang telah sedia untuk dibakar.
Setelah siap kesemua roti lilit tadi pun sedia untuk dibakar. Pelajar telah keluar dari kelas 5 Bestari dan mencari ranting-ranting serta kayu untuk dibakar dan dijadikan unggun api. Kegunaan unggun api ini adalah untuk membakar roti lilit. Pelajar tidak digalakkan terus membakar roti lilit ketika api sedang marak membakar ranting dan kayu kerana ini akan menyebabkan roti lilit tersebut akan hangus terbakar.
Pelajar sedang membakar 'roti lilit', rentung bilah satay tuuuu dijilat api...hehe...hee..
Tak sabar pelajar-pelajar nie nak merasa 'roti lilit' yang dibuat oleh mereka...
Inilah hasilnya...roti lilit nie terhangus sikit laaa...tapi sedap dan boleh tahan jugak laaa rasanyer.
Pelajar membuat unggun api dengan bantuan serta pemantauan oleh guru. Pelajar juga begitu rajin mencari ranting dan kayu untuk dijadikan unggun api. Tujuan aktiviti membuat dan memasak roti lilit ialah sebagai persediaan untuk menghadapi hari perkhemahan yang akan dianjurkan oleh sekolah. Resepi roti lilit ini adalah sangat sesuai untuk dimasak semasa perkhemahan para pelajar nanti.
Bukan main lain gayanya sedang menjamu selera 'roti lilit'. Pelajar mengadu kepada saya "Cikgu...sedap la roti lilit nie..ada rasa manis-manis...nak buat lagi laaa". Tunggu perkhemahan nanti buat roti lilit yer.
2 comments:
sedapnya nampak roti lilit tu miesha...... time berkemah ke berkelah ka syok la nak buat kan?
salam iezah..memang best buat roti lilit nie dan sesuai untuk berkhemah... :)
Post a Comment