Sunday 23 November 2014

Graduation Day Ahmadenijad AL-Harits ~ 2014 ~


Hari Graduation Day Ahmadenijad diadakan pada 23 November 2014 ( Ahad ). Sebelum tiba hari graduation nie, setiap hari Ahmadenijad berlatih untuk persembahan dia. Teks yang perlu dihafal punya laa panjang, berhelai-helai muka surat. Hebat betul cikgu-cikgu yang mengajar anak-anak di Tadika nie kerana berjaya mendidik mereka sehingga hafal teks tersebut.


Surat Jemputan untuk ke Konsert Graduation 2014, yang diadakan di Auditorium Kementerian Pendidikan Parcell-E. Manakala ibu bapa pula dikehendaki memakai persalinan kemelayuan 60an, 70an dan 80an.

Kami bawa Ahmadenijad awal ke Putrajaya untuk sesi latihan. Ibu bapa telah dimaklumkan untuk membawa anak-anak awal ke Dewan untuk berlatih pada hari tersebut. Sepatutnya latihan diadakan pada hari lain sebelum graduation, tetapi ada berlaku masalah teknikal dengan dewan tersebut maka latihan diadakan pada sebelah pagi dan hari graduation diadakan sebelah petangnya. 

Selepas menghantar Ahmadenijad pergi berlatih, kami 3 beranak pun pergi laa jalan-jalan di Putrajaya beli makanan dan air.


Tentatif untuk Majlis Graduasi dan Konsert, turut diberikan juga 'door gift' kepada setiap ibu bapa. Berdasarkan tentatif, persembahan Ahmadenijad akan diadakan pada pukul 3.30 petang. Persembahan yang akan dipersembahkan ialah Bicara Berirama.




Di luar dewan terdapat pentas yang dihias cantik khas untuk bergambar. Tema untuk hari graduasi nie ialah bertemakan Persalinan Kemelayuan Era 60an 70 an dan 80 an. A'shadieeyah bukan main lagi berposing kat situ hihii : )




Ahmadenijad dan rakan-rakan sebaya yang segak menggayakan jubah khas untuk hari Graduasinya. Ibu bapa diberi peluang untuk mengambil anak yang menggayakan jubah nie. Selepas tu, mereka ni ada lagi persembahan akhir.




Bukan main lagi A'shadieeyah peluk abang bila bergambar. A'shadieeyah nangis-nangis nak naik jugak atas pentas bergambar dengan abang kesayangannya nie hihiii : )


Ahmadenijad yang masih menggayakan baju yang digunakan semasa persembahan Bicara Berirama. Macam Pak Pandir jer pakai songkok macam tu Ahmadenijad...huhuuu kalau Ahmadenijad baca blog ummi nie mesti merajuk dia hahahaa...



Adik A'shadieeyah yang sibuk nak berpossing dengan abangnya Ahmadenijad. Semua murid dikehendaki pakai baju dan seluar hitam macam nie ketika datang ke auditorium untuk hari graduasi nie.



Gambar anak patung beruang yang menjadi kenangan. Selepas ambil gambar nie, ummi dan A'shadieeyah turun ke pentas untuk ambil gambar Ahmadenijad. Balik semula ke tempat duduk nie, anak patung dah hilang. Tak per laa, tak der rezeki untuk kenang-kenangan Ahmadenijad. Cukuplah sekadar gambar nie ditatapi sebagai kenangan di kala Ahmadenijad dewasa kelak. 

Gambar sebelah kanan pula adalah sijil Ahmadenijad dan gambar dia. Dah tamat zaman pra-sekolah / tadika maka bermulalah pula untuk zaman sekolah rendah pula pada tahun 2015 nanti. Semoga Ahmadenijad menjadi anak soleh yang dapat membanggakan ummi dan abah dengan pendidikan dunia dan akhirat. 
 
 
Gambar Ahmadenijad bersama rakan-rakan dan guru-guru yang berada di Kelas 6 Swarovski pada tahun 2014.




4 comments:

zarul farhana said...

Tahniah... skrg dah masuk darjah 1 la kan

miesha said...

~zarul farhana~
iyer dah masuk darjah 1 : )

Jari Manis said...

Tahniah buat ahmadenejad tu, belajar rajin2 tau

miesha said...

~Jari Manis~
Tq JM : )

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...