Monday, 25 June 2012

Hari Sukan - PASTI



Pagi 24 Jun 2012,  Ahmadenijad berbaris bersama rakan-rakannya. Ahmadenijad di barisan belakang sekali. Kami terlewat tiba di padang, acara perbarisan telah pun bermula.

Sukaneka Pasti As-Shafie, tempat Ahmadenijad belajar telah diadakan pada 24 Jun 2012 ( 4 Syaaban  1433), bermula jam 8 pagi. Pagi tersebut cuaca hujan, namun kami tetap juga pergi ke Padang Awan Bangi Perdana untuk membawa Ahmadenijad bersukan. Kesian lak, sebab Ahmadenijad dah berlatih dekat 2 minggu di sekolahnya. Malahan, Ahmadenijad juga tak berapa sihat, kesian dia demam dan batuk-batuk.

Sesampai kami di padang jam hampir 8.30 pagi, lewat pulak sebab melihat keadaan hari yang hujan. Saya mendaftarkan Ahmadenijad dan juga mendapatkan nombor cabutan bertuah. Wah, menarik nie ada cabutan bertuah lagi! Ahmadenijad terus menuju ke padang dan berbaris bersama rakan-rakannya. Acara pun bermula dengan nyanyian lagu PASTI, lagu kebangsaan, doa dan sebagainya.

Acara yang Ahmadenijad sertai ialah berlari dalam gelung dan juga membawa bola dalam sudu. Kesian dia, setiap satu-satu sukan ...semput. Sambil acara bersukan, dimaklumkan juga nombor cabutan bertuah. Abah Ahmadenijad bertuah kerana dapat hadiah untuk cabutan bertuah. Hadiahnya ialah hamper yang ada makanan ringan. 

Secara keseluruhannya, kumpulan jingga iaitu kumpulan Ahmadenijad mendapat mata yang tinggi dan terus menggondol tempat pertama. Hadiah yang Ahmadenijad perolehi ialah piala dan juga beberapa hadiah yang lain seperti buku, pensel warna, beg dan beberapa hadiah yang lain. Selepas penyampaian hadiah, acara mengutip gula-gula untuk murid 4 tahun telah pun berlangsung. Ahmadenijad terus berkejar ke tempat untuk mengutip gula-gula. Banyak juga laaa gula-gula yang dia dapat.


Selesai sudah segala acara, kami pun pulang dan singgah dahulu ke rumah mak tok Ahmadenijad. Keadaan Ahmadenijad juga sikit teruk dengan keadaan semputnya. Petangnya abah membawa Ahmadenijad ke klinik.




 Gambar-gambar Ahmadenijad di padang ketika perbarisan pada sebelah paginya sebelum bermulanya acara sukaneka.


Sunday, 3 June 2012

A'shadieeyah Hafthah 11 BuLaN - MeNuLiS

 A'shadieeyah suka sangat melukis, peringkat awal A'shadieeyah kurang mahir memegang pen tersebut. Bila ummi ajar cara pegang, A'shadieeyah dapat memegang dengan betul.

Pada 30 Mei 2012 (Rabu) , genap la umur A'shadieeyah Hafthah 11 bulan, manakala abangnya Ahmadenijad Al-Harits berusia 3 tahun 10 bulan 21 hari.

A'shadieeyah dah pandai pegang pensel untuk menulis. Di usia ini juga, giginya baru sebatang di bahagian bawah. Itupun, giginya baru separuh jer yang keluar. 

Terlalu leka A'shadieeyah dengan menulis.

A'shadieeyah kerap juga berebut pensel dan buku dengan abangnya untuk menulis. A'shadieeyah laa yang kerap menangis kalau tak dapat pensel dan buku abangnya.

Abang Ahmadenijad sejak dah bersekolah di PASTI pada bulan Februari 2012, telah banyak yang diketahuinya. Ahmadenijad sudah pandai membaca doa belajar, mengucap 2 kalimah syahadah, doa tubuh badan, dan mengenal huruf . Ahmadenijad juga telah mengenal warna dan bentuk. Al-fatihah dan doa makan telah pun di hafal oleh Ahmadenijad sebelum ke sekolah lagi, ummi yang ajar. Ahmadenijad juga banyak belajar bahasa Inggeris dari rancangan televisyen. Malahan, paling Ahmadenijad suka ialah menyanyi. Menyanyi bukan main lagi, idola Ahmadenijad ialah Faizal Tahir dan Hafiz. Dia boleh hafal beberapa lirik penyanyi nie. Kalau nak bergaya, dia akan ikut gaya Faizal Tahir...heheee...macam-macam perangainyer.

 Lukisan di atas telah di lukis oleh Ahmadenijad pada 24 Mei 2011, tahun lepas ketika usianya 2 tahun 10 bulan. Katanya, ini muka abah...heheee


 Lukisan ini di lukis oleh Ahmadenijad pada bulan Mei 2012, tika ini usianya 3 tahun 11 bulan (10 Jun 2012). Ahmadenijad boleh mewarna di dalam lingkaran garisan. Gambar yang tidak diwarnakan ialah gambar abah, kata Ahmadenijad. Gambar abah tengah marah Ahmadenijad sebab Niejad panjat tangga...hehee.

Al-kisah, pada  3 Jun (Ahad), jam 3.00 pagi kami ke Pusat Rawatan di Kajang untuk membawa A'shadieeyah yang demam. Semalam, dia memang dah demam tapi telah diberikan ubat pada jam 8.30 malam (Sabtu), telah diberikan ubat melalui punggungnya. Keadaan A'shadieeyah baik dan seperti biasa keadaannya lasak bermain. Namun, apabila tidur keadaan badannya menjadi panas dan sejuk di bahagian kaki dan tangannya pada awal pagi Ahad. Dia merengek-rengek, ingatkan nak susu la kot, bila saya sentuh kepalanya sangat panas dan kaki serta tangannya sangat sejuk. Keadaannya seakan-akan menggigil kesejukkan. Bila di beri susu, dia menghisap susu tersebut, tetapi memuntahkannya semula. Terus tanpa berlengah lagi kami pun membawanya ke klinik.

Hampir jam 4.30 pagi kami pun sampai di rumah. Doktor hanya memasukkan ubat melalui punggungnya dan memberi beberapa ubat untuk di makan oleh A'shadieeyah. Selepas pulang dari klinik, keadaan A'shadieeyah masih demam, badannya masih panas serta dia masih lagi merengek-rengek hendak di dukung. Apa lagi, saya pun mendodoikannya tidur.

Pada 5 Jun ( Selasa ), malamnya A'shadieeyah melihat abangnya melukis menggunakan pensel warna, apa lagi sememangnya dia tidak boleh melihat abangnya menulis. Lalu menangis laa A'shadieeyah, dan ummi pun memberikannya buku dan pensel warna seperti abangnya juga. Tapi A'shadieeyah tetap nak juga pensel warna abangnya, lalu berebut laa dua orang adik-beradik nie. Entah macam mana, tercucuk laa pulak pensel warna ke tepi mata berdekatan dengan hidung A'shadieeyah. Apa lagi menangis sekuat hati laa A'shadieeyah. Terlalu cepat peristiwa bergaduh berlaku, ummi ada bersebelahan A'shadieeyah tak sempat nak buat apa. Abangnya meminta maaf pada adik kerana tak sengaja katanya. Mujur laa tidak tercucuk ke dalam mata, Alhamdulillah.


Thursday, 31 May 2012

AhMaDeNiJaD NaiK Crazy BuS


Aksi A'shadieeyah Hafthah dan Ahmadenijad AL-Harits ketika di luar taman tema di tingkat 7 sementara menunggu abah membeli tiket di tingkat 5.



Kami ke Berjaya Times Square Theme Park untuk ke Taman Tema di sana pada 31 Mei 2012 ( Khamis). Membawa Ahmadenijad untuk bermain di sana.

Bayaran masuk pada cuti sekolah dan hari biasa berbeza. Pada cuti sekolah, harganya lebih mahal iaitu  RM37  bagi dewasa, manakala kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas berharga RM 25 sahaja. Pembelian tiket di pintu masuk ke Theme Park ini dilakukan di tingkat lima.

Kami hanya bermain permainan untuk kanak-kanak  di tingkat 7 kerana menemani Ahmadenijad, lagi pun takut nak bermain roller coaster, menakutkan...heheheheee

Tiga keping gambar di atas ialah suasana di luar taman tema di tingkat 7. Di bahagian atas tempat kami bergambar nie pulak ada roller coaster yang bergerak. Dua keping gambar di bawah pula ialah suasana di Berjaya Times Square.


Suasana di luar taman tema di tingkat 7.



Bergambar seketika sementara menunggu abah membeli tiket di tingkat 5...dari tingkat 7 nie boleh laaa nampak abah yang sedang beratur bersama pengunjung-pengunjung yang lain...ramainyer. Di belakang Ahmadenijad tu ialah laluan roller coaster.


A'shadieeyah di bahagian 'Kidz Playground', seronok A'shadieeyah merangkak kat sini.


Ahmadenijad dan A'shadieeyah di bahagian 'Kidz Playground'...cukup menarik bahagian nie. Anak-anak seronok bermain di sini.


Kami beratur nak menaiki kereta, cukup menarik kawasan sekitarnya dihiasi dengan lingkaran buah labu manis yang besar.


Seronok tengok Ahmadenijad bermain nie...gembira jer dia. Dua kali kami naik nie, mula-mula Ahmadenijad naik permainan seperti di atas, kali kedua kami naik cawan yang boleh berpusing-pusing. Ahmadenijad kata "ummi janganlah pusing, Niejad pening", katanya.


Ummi dah Ahmadenijad naik 'Crazy Bus'...Bas yang berayun-ayun tergantung...hahaaa budak-budak suka laaa...


Ini kawasan penjualan cenderahati. Ahmadenijad naik semut gergasi. Nampak orang bergambar kat situ, kami pun aper lagi...bergambar jugak laaa.


Penat bermain, kami pun keluar dari taman tema dan menuju ke Restoran Nasi Ayam. Memang berbaloiiii...makanan kat sini sedap. Tengok laaa gaya Ahmadenijad menikmati mee nyer tuuu. Gambar di atas sekali, aksi A'shadieeyah di letakkan di atas meja sebelum makanan sampai. Tika ini usia A'shadieeyah Haftah ialah 11 bulan 1 hari (31 Mei 2012). Manakala Ahmadenijad  Al-Harits pula berusia 3 tahun 10 bulan 21 hari.


Sunday, 13 May 2012

MaKaN MaLaM 2012


Majlis makan malam di Palm Garden Hotel diadakan untuk meraikan 'Hari Guru 2012'. Majlis diadakan awal disebabkan oleh masalah yang tidak dapat dielakkan   :  ) . Tema Hari Guru bagi tahun 2012 ialah ' Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara'. Saya dan kak Shamsida tiba awal ke hotel iaitu jam 5.30 petang kami dah bertolak ke sana.

Segala persiapan telah diuruskan oleh ahli-ahli BKG dan yang paling penting Pengerusi BKG telah bersungguh-sungguh melaksanakan tugas bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengerusi & Penolongnya serta barisan BKG tahun 2012. Jasamu di kenang serta pengorbananmu dihargai.

 Sampai jer kat 'The Aroi Dee Hall', apa lagi posing-posing laaa... : )
Bergambar bersama Kak Azna (Pengerusi BKG) & Kak Lah. Comei-Comeiii : )

Sebelum acara bermula, kami pun apa lagi, acara yang memang paling digemari sesi bergambar sesama rakan-rakan. Malah, saya turut berlatih dengan teman seperjuangan iaitu ustaz Man yang akan mengacarakan majlis pada malam tersebut.

 Sesi bergambar lagi... : ) , Gambar di atas bersama Kak Norabitah, dan gambar di bawah sebelah kiri bersama Kak Latifah dan di sebelah kanan ( bawah ) bersama Kak Rawiyah, Ustz Qalbi, Bariah, Ustz Wawa dan Kak Shamsida.

Jam 8.45 malam, pengacara rasmi untuk majlis makan malam telah berucap dan menjemput Kak Azna selaku Pengerusi BKG untuk memberi ucapan. Selesai saja, Guru Besar pula berucap untuk majlis makan malam tersebut. Acara seterusnya, apa lagi ' Jangan Malu Jangan Segan, Moh La Kita Pegi Makan'... hahaahaa

Acara nie memang seronokkan, yer laa masing-masing dah kelaparan. Perut saya pun memang dah berkeroncong. Selesai makan nanti, giliran saya dan Ustaz Man pula mengacarakan majlis nie. Makanan memang banyak pilihan, ada kari ayam, sayur-sayuran, kari kambing, daging bakar cicah air asam, sambal sotong, pelbagai jenis buah-buahan untuk pencuci mulut serta pelbagai jenis juga buah-buahan untuk rojak. Pelbagai jenis kerabu seperti kerabu perut lembu, dan pelbagai jenis kerabu yang saya pun tak tahu namanya, tahu makan jer. Pelbagai jenis kuih dan ada laksa lagi yummmy...memang sedap-sedap laaa makanan malam tu. Selesai jer saya memilih makanan, saya pun duduk laa di meja untuk menjamu selera. 

Memang tak sabar lak rasanya nak merasa makanan nie, beberapa suapan nasi dan lauk dah melepasi mulut saya. Tiba-tiba keadaan gelap gelita, hanya disinari oleh limpahan cahaya lampu dari luar yang tidak berapa terang. Alamak, rupa-rupanya tiada bekalan elektrik. Bayangkan laa, keadaan kami di situ dengan tiada sebarang cahaya hanya bergantung kepada cahaya dari luar, sememangnya gelap. Beberapa orang guru dan kakitangan sekolah memasang lampu dari telefon bimbit masing-masing. Sama juga laa dengan saya, dengan cahaya yang samar dari telefon, saya pun menjamah semula makanan. Tapi seleranya dah berkurang, lapar memang lapar tapi payahnyer laa nak makan sebab kurang jelas penglihatannya. Nak makan ikan masak lemak pun takut jugak nanti tercekik tulang..hahaaa... Kesian makanan saya tak berapa nak habis, sebab rasa payah sangat nak makan, dah laaa saya tergigit cili api...huhuuuu berasap rasa telinga.


 Nie makanan yang saya makan, gambar yang kat depan tu buah-buahan dan kuah rojak. Kuah rojak nie memang sedap, teringat pulak kuah rojak nie : )


 Gambar-gambar nie semuanya di ambil ketika dalam gelap. Dua keping gambar di sebelah kiri di ambil ketika majlis telah pun selesai. Bergambar dengan Princess dan Queen Of The Night. Tahniah kepada pemenang, memang sesuai sangat..cantik : ) Princess dan Queen pada malam tu.


Saya dah selesai makan, baru sampai lilin, tu pun Kak Latifah yang minta dengan pelayan hotel. Selesai saya makan, kami meneruskan lagi acara pada malam tersebut. Walaupun tiada bekalan elektrik, tetapi acara tetap diteruskan juga. Cabutan untuk nama-nama bertuah tetap dilaksanakan. Hadiah utama pada malam  tersebut ialah sebuah microwave. Alhamdulillah, saya pula dapat 'cooler box' . Acara tamat hampir jam 11 malam, selesai jer majlis makan malam, ramai di kalangan kami yang mengambil peluang untuk bergambar. SeLaMaT HaRi GuRu kepada semua PeNDiDiK.

Tuesday, 8 May 2012

TOk Su & NeK Su DaTaNg BeRkUnJunG


Ahmadenijad AL-Harits bergaya di belakang bangunan KWSP, tempat kami pakir kereta sebelum menuju ke kedai-kedai di Jalan TAR.

Perjalanan kami ke Dataran Merdeka pada petang Ahad ( 6 Mei 2012 ) berjalan lancar (  Hari pada gambar ada ralat, sepatutnya Ahad bukan Sabtu ). Kami ke sana nak menjemput Pak Usu & Mak Usu serta anak-anaknya bermalam dengan kami. Sementara menunggu kedatangan mereka yang sedang dalam perjalanan dari Klang, kami pun mengambil kesempatan untuk berjalan ke Jalan TAR. Kebanyakkan kedai dah nak tutup, kami pun hanya berjalan di sekitar hadapan masjid di Jalan TAR. Penat berjalan, kami pun minum di gerai medan selera di sana. Ikan bakar kat sini memang best, tapi sebab perut dah kenyang maka kami hanya minum air sementara menunggu kedatangan Pak Usu sekeluarga.

 
 A'shadieeyah di usia 10 bulan 6 hari pada 6 Mei 2012 (Ahad), tengoklah aksinya yang duduk kat atas meja. Dia pun nak minum jugak bila tengok abah, ummi dan abang Ahmadenijad minum.

Semasa tengah menikmati minuman, saya dapat panggilan daripada Pak Usu dan katanya mereka di Dataran Merdeka. Akhirnya kami bertemu jua di pinggir jalan berhampiran dengan pusat membeli-belah SOGO. Kami pun bertolak pulang dan menjamu selera di Restoran Sate Kajang Hj Samuri di Kajang. Selesai makan, kami pun pergi ke Taman permainan yang terdapat bersebelahan dengan Restroran Sate Kajag Hj Samuri. Taman permainan nie terletak di kawasan mini stadium Kajang. Menjadi kebiasaan, selalunya kami akan pergi membawa Ahmadenijad bermain di sini dan kemudian kami akan menjamu selera. Sebab tu laa Ahmadenijad pada awalnya tak nak makan sebab nak bermain kat taman katanya. Puas laa ummi pujuk, suruh makan dahulu supaya ada tenaga dan kemudian baru laa kita main di taman, baru laa Ahmadenijad  setuju nak makan dulu. Selesai jer menjamu selera, kami dan Ahmadenijad menuju ke taman permainan. Beria-ria betuiii laaa Ahmadenijad nak bermain di sini.
 Ahmadenijad sedang memikirkan 'Taman Permainan'...hehee
Kami sedang menjamu selera di Restoran Sate Kajang Hj Samuri.


 Bergambar di sekitar Taman Permainan yang terdapat di kawasan mini stadium kajang.


 Keesokkannya pada 7 Mei 2012 ( Isnin), seperti biasa melaksanakan tugas yang sepatutnya dipikul. Balik dari kerja, kami keluar berjalan ke Kamdar dan Giants di Prima Saujana. Kami pun menjamu selera di Giants dan Tok Su belikan Ahmadenijad VCD Ben 10. Kami pun bertolak pulang ke rumah dan sampai di rumah, bersiap-siap pula hendak ke UPSI di Tanjung Malim kerana Eton nak Konvo. Tahniah buat Eton untuk konvokesyennya kerana berjaya merangkul segulung ijazah : )

 Bergambar sebelum bertolak ke Tanjung Malim.. (Ralat pada hari iaitu sepatutnya hari Isnin bukan Ahad.)


Kami bertolak selepas solat Maghrib iaitu sekitar jam 8.15  malam pada 7 Mei 2012 hari Isnin. Perjalanan berjalan lancar dan tiada masalah kesesakkan lalu lintas yang teruk. Perjalanan kami hanya mengambil masa sejam lebih sahaja. Kami sampai di asrama dalam lingkungan jam 9.30 malam. Kami bertolak pulang semula ke KL pada malam itu juga. Ahmadenijad sedih jer sebab katanya " ummi, Niejad sunyi laa tak der kawan-kawan lagi. Niejad nak antar Tok Su kat bilik". Kesian Ahmadenijad, dia nak antar Tok Su ke bilik, tapi memandangkan kami terpaksa pulang semula, kami tak dapat hendak menunaikan permintaan Ahmadenijad. Alhamdulillah, perjalanan pulang kami berjalan lancar. Ahmadenijad dan A'shadieeyah dah terlena di awal perjalanan pulang kami. Kami berhenti di Tol Jalan Duta dan sempat laa mengambil gambar bulan yang sedang mengambang penuh. Kami sampai di rumah pada jam 11 lebih malam.
 

Pemandangan di Tol Jalan Duta, semasa perjalanan pulang kami dari Tanjung Malim. (Ralat pada maklumat hari di gambar, sepatutnya hari Isnin bukan Ahad)

 Gambar Ahmadenijad AL-Harits dan A'shadieeyah Hafthah di waktu awal pagi iaitu 6.22 pagi pada 15 Mei 2012. Ahmadenijad berpakaian sekolahnya 'PASTI' , manakala A'shadieeyah dengan gaunnya yang cukup menawan : )



 


Monday, 7 May 2012

AhMaDeNiJaD JaTuH TanGGa

Malamnya (2 Mei 2012, Rabu )Ahmadenijad memberitahu yang kaki sebelah kanannya sakit, ummi pun urut laa kaki Ahmadenijad. Malam nie, Ahmadenijad sudah berjalan terhenjut-henjut kerana menahan kesakitan pada lututnya yang sedikit membengkak. Keesokkannya seperti biasa saya kejutkan Ahmadenijad untuk ke sekolah. Keadaan Ahmadenijad berjalan semakin teruk jer ummi tengok, terkengkang-kengkang jer kakinya. Pagi tuu, abah memutuskan Ahmadenijad tak perlu ke sekolah kerana keadaan kakinya yang tidak lagi stabil. 

Malam keesokkannya  ( 3 Mei , Khamis), Abah membawa Ahmadenijad berurut untuk mengurangkan kesakitan kakinya tu. Pada permulaan urutan, berlagak jer kata kat abah " tak sakit, tak sakit abah" sambil senyum-senyum lagi. Lama-kelamaan, nangis dan ajak abah balik lak sebab sakit kena urut..hehee.
Keadaan kaki Ahmadenijad yang di bekam.

Hari nie ( 4 Mei 2012 , Jumaat ) abah bawa pula Ahmadenijad untuk refleksologi. Sampai di tempat yang dituju, dia disarankan pulak buat bekam di bahagian tepi lutut. Ahmadenijad kata " ummi, kaki Niejad berdarah tadi" kepada ummi sebaik sampai jer di rumah. Ummi pun melihat bekas kakinya yang di bekam tuu.

Keadaan Ahmadenijad semakin baik, selepas 2  bekam, keadaan kakinya dah boleh berjalan seperti normal. Alhamdulillah, kaki Ahmadenijad sembuh, ummi dah risau bila melihat keadaan Ahmadenijad yang berjalan sebelum nie.

Al-kisah A'shadieeyah pula, minggu sebelumnya demam dan pada hari Sabtu ( 28 April 2012 )  kami membawanya ke klinik kerana keadaan kaki dan tangannya terdapat bintik-bintik merah. Sebelum tuu pun A'shadieeyah demam dan asyik memasukkan tangannya ke mulut serta air liur nyer meleleh-leheh jer. Kami ingatkan dia hendak tumbuh gigi. Rupanya bila kami bawa ke klinik, ada ulser di dalam tekaknya. Itu yang menyebabkan air liur A'shadieeyah meleleh-leleh dan dia kurang nak menyusu kerana sakit. Dia tak dapat menelan air liurnya kerana terdapat ulser. Kesian A'shadieeyah, tak berapa nak menyusu sangat.

 Gambar menunjukkan adik dan abang sedang menikmati aiskrim 'Mat Cool'. Ahmadenijad suka sangat aiskrim nie, adik pun apa kurangnya suka jugak heehee : )

Gambar Ahmadenijad dan A'shadieeyah sedang berkongsi aiskrim.

Disebabkan kemungkinan ada simpton-simpton penyakit yang sering menyerang kanak-kanak tu, kami amat berwaspada dengan kesihatan A'shadieeyah. Doktor memberikan ubat titisan untuk dititiskan ke lidah A'shadieeyah dan ini menyebabkan tekak dan lidahnya akan berasa agak kebas. Justeru itu, ini memudahkan A'shadieeyah untuk menyusu dan ulser di tekaknya tidak berasa sakit untuk menyusu. Dua hari jer A'shadieeyah menggunakan ubat tu dan sememangnya berkesan kerana hari kedua pun air liur yang keluar dari mulutnya dah kurang. Alhamdulillah, A'shadieeyah sudah sembuh.

Namun selepas A'shadieeyah dah baik, seminggu kemudiannya badan A'shadieeyah panas dan dia demam. Tetapi keadaanya tidak laa teruk , bagi ubat kejap jer dah baik. A'shadieeyah asyik jelirkan lidahkan jer, rupa-rupanya gigi di bawahnya dah keluar sikit dari gusinya. Jadi sekarang, A'shadieeyah dah nak tumbuh gigi  : )

Gambar di atas ( 4 Mei 2012 ) menunjukkan Ahmadenijad sedang melukis di meja komputernya. Sambil di bantu oleh adiknya A'shadieeyah...heheehee. Adik asyik ikut jer kemana abangnya pergi. Semasa gambar ini di ambil, Ahmadenijad masih lagi tak dapat berjalan dengan normal, masih lagi berjengkit-jengkit kaki sebelah kanannya. 

Monday, 2 April 2012

Tok & Nenek kpd AhMaDeNiJaD BaLik KaMpuNg

Kedatangan Tok & Nenek kepada Ahmadenijad & A'shadieeyah pada 4 Mac 2012 sangat menggembirakan Ahmadenijad. Semakin manja laa A'shadieeyah dan Ahmadenijad...hehee

Sepanjang tok dan nenek di sini bersama Ahmadenijad, sempat laa juga bawa tok dan nenek jalan-jalan ke Melaka, Bukit Tinggi, Kuala Gandah, kompleks membeli-belah dan beberapa tempat menarik. Semoga menjadi kenangan buat Ahmadenijad ketika bersama tok dan nenek.

A'shadieeyah Hafthah berusia 9 bulan ketika bersama nenek. A'shadieeyah dah laju sangat merangkak dan pandai pulak bertepuk tangan bila kita nyanyi lagu 'tepuk amai-amai'.


Pada 31 Mac 2012 (Sabtu), tok & nenek Ahmadenijad dah nak balik ke Kuching. Kami hantar tok & nenek ke LCCT. Terima kasih kepada tok dan nenek sebab jaga Ahmadenijad dan adik A'shadieeyah. Di bawah beberapa keping gambar semasa di LCCT.


A'shadieeyah nak lepas bermain, tak nak dipegang. Mengamuk dia di pegang, isshh...isshh anak dara nie. Kalau menyusu botol, malas sangat nak pegang botol. Tangannya kalau pegang botol asyik tarik botol susu dari mulutnya. Kalau ummi pegang botol susu, tangannya asyik dok garu-garu rambut dan telinganya jer : )


Keluar jer dari kereta, tok ambil troli dan Ahmadenijad terus duduk kat depan tu. Tok nak letak barang pun payah. Tengok laa gayanya bukan main lagi...hehee


PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...