Tuesday 26 May 2009

AhMaDeNiJaD 10 BuLaN, PaNdAi BeRjALAn


Pada 10 Mei 2009, genap la anak ummi nie 1o bulan, dan ketika ini dia dah pandai berjalan. Selepas saya balik dari Ujian Amali Pendidikan Luar di Kem Pueh, Lundu pada 15 Mei 2009, saya dikabarkan oleh suami yang Ahmadenijad Al-Harits dah pun pandai berjalan. Sebelum masuk usia sepuluh bulan, Ahmadenijad sudah bertatih-tatih berjalan. Nampaknyer terlepas la peluang saya nak melihat anak saya pandai berjalan, kerana saya berada di Kuching dan anak saya di Bangi.

Gambar ini diambil ketika Ahmadenijad berusia 10 bulan 14 hari ( 23 Mei 2009). Walaupun pandai berjalan...tetapi pergerakan perjalanan dia masih kurang stabil masih macam orang mabuk jer berjalan. Tetapi ada masanya dia berjalan ok la pulak.




Ketika umur nie, Ahmadenijad belum tumbuh gigi lagi, tapi dah boleh bertutur beberapa perkataan seperti abah, ayah, mak, dan menyebut nama rakan-rakannya. Ahmadenijad juga sudah pandai menepuk tangannya apabila mendengar lagu "Tepuk Amai-amai" dan akan mengangkat tangannya dan membuat seperti kerlipan bintang apabila mendengar lagu "Twinkle-twinkle Little Star"

Ahmadenijad takut pada awalnya dengan harimau nie... tapi lama-lama dah tak takut

Sunday 24 May 2009

KuRsUs PeMaNtApAn AmALi FaRdHu AiN 2009

Kursus Pemantapan Amali Fardhu Ain 2009 diadakan di Masjid Al-Muallimin, Institut Pendidikan Perguruan, Kampus Batu Lintang, Kuching iaitu pada 23 Mei sehingga 24 Mei 2009. Pada hari pertama, diadakan pengurusan jenazah, bermula menkafankan jenazah, sembahyangkan jenazah dan mengebumikan jenazah telah kami belajar pada hari tersebut.

Selaku ketua pendaftaran, pagi nie kena laa turun awal sikit ke masjid untuk menyiapkan persiapan bagi pendaftaran kursus pada pagi tu...setiap peserta akan diberikan fail yang mengandungi nota-nota untuk kursus ini.

Selepas solat zohor pula diadakan menghafaz ayat-ayat lazim sehinggalah asar dan disambungkan semula selepas isyak. Malam ini juga kami dikehendaki menghafaz doa-doa dan niat solat-solat hajat. Kemudian menghafaz doa dan wirid selepas solat. Pada jam 3 pagi pula diadakan qiamullail di masjid.

Sedang menghafaz ayat-ayat lazim...selepas tu akan diuji la pulak oleh fasilitator...

Keesokkannya (24 Mei 2009 : Ahad) pula diadakan solat berjemaah masbuq dan muafiq. Makmum Muafiq ialah makmum yang sempat membaca al-fatihah sebelum imam rukuk pada rakaat pertama, manakala makmum masbuq ialah makmum yang tidak sempat membaca al-fatihah bersama imam. Makmum masbuq yang sempat mendapat rakaat bersama imam dalam 2 keadaan iaitu :

1) Sempat takbiratul ihram dengan imam ketika imam belum rukuk.
* Makmum hendaklah membaca al-fatihah sekadar yang ia sempat dan hendaklah rukuk bersama imam apabila imam rukuk.

2) Makmum yang datang ketika imam sedang rukuk.
* Makmum hendaklah takbiratul ihram dan terus rukuk bersama imam.
* Tidak perlu membaca al-fatihah dan dikira mendapat rakaat bersama imam.


Khusyuk mendengar taklimat mengenai solat berjemaah masbuq dan muafiq



praktikal pulakk...
Sejurus itu, diadakan majlis penyampaian cenderahati untuk peserta kursus. Akhirnya tamatlah sesi kursus pemantapan amali fardhu ain 2009 yang diadakan di masjid al-muallimin.

Ujian Amali Pendidikan Luar di Kem Pueh, Lundu

Program Amali Pendidikan Luar bermula pada 11 Mei 2009 sehingga 15 Mei 2009 di Kem Pueh, Lundu. Seawal jam 5.30 pagi kami telah berkumpul di Dewan TAZA, kerana banyak barang yang perlu diangkut dari gym ke Dewan TAZA dan juga banyak batang buluh untuk dibuat khemah dan gadjet yang di bawa dari IPGM ke Kem Pueh. Perjalanan kami pada pagi ini agak lewat sedikit dari yang dirancang kerana ada masalah dengan pengangkutan kami iaitu bas yang disewa. Namun, segala masalah dapat diatasi dan kami bertolak dan sampai di Lundu pada jam 9 pagi. Kami bersarapan di sana dan kemudian bertolak semula untuk ke Kem Pueh. Sesampai di Kem Pueh, kami memunggah barang-barang dan segala peralatan untuk dibawa ke tapak perkhemahan. Kami berganding bahu dan bekerjsama untuk memunggah semua peralatan dan ini memudahkan kerja kami.
Membawa batang buluh menggunakan kereta sorong untuk di bawa ke tapak perkhemahan.

Kami menjamu selera pada malam pertama kami di Kem Pueh.


Keesokkannya hari kedua (12 Mei 2009 - Selasa) kami ada aktiviti berkayak, dan juga ujian berkayak. Ujian meliputi kepada menyelamatkan kayak dan anatomi kayak. Selepas kami selesai ujian menyelamatkan kayak, kami berkayak pula ke Teluk Bekucing dan memulakan aktiviti memasak untuk makan tengah hari. Hari ini kami memasak sayur kobis yang dicampur dengan sedikit ayam, ayam bersup dan ikan bakar (bakar dalam aluminium foil). Bila saat menjamu selera memang best laaa...
Sambil memasak tu juga kami ada ujian anatomi untuk kayak... nombor giliran akan dipanggil dan ikut giliran laaa yer untuk ujian anatomi nie. ok laaa boleh jawab...


Semasa berkayak di laut yang terbentang luas...memang cantik sangat pemandangan disini


Keseronokan yang jelas tergambar, seronok main air niee...
Memandangkan hanya kat kawasan tersebut ada air jernih yang tawar, rakan-rakan membasahkan badan mereka yang melekit kerana air masin. Punya la seronoknyer, kalau dilihat aliran air ini kecik jer, tapi bukan main suka lagi kami mandi kat sini siap meniarap lagi tu...yang paling lucu ialah menggunakan kasut getah untuk cedok air tuuu...


Khusyuk mendengar taklimat mengenai abseiling sebelum memulakan aktiviti, siap menyokong dagu tuuu...

Aktiviti abseiling diadakan pada hari ke 3 di Kem Pueh iaitu Rabu (13 Mei 2009). Sebelum melakukan aktiviti abseiling juga kami kena diuji dahulu dengan mengetahui peralatan-peralatan yang digunakan semasa melakukan abseiling serta perkara-perkara penting yang perlu dilakukan ketika melakukan aktiviti abseiling ini. Memandangkan kami telah mengikuti aktiviti ini semasa program simulasi pendidikan luar, maka setiap dari kami telah mempunyai pengalaman yang boleh digunakan untuk ujian yang sebenar ini.
Selepas ujian abseiling, kami diuji lagi dengan ujian ikatan dan simpulan...ujian nie memang susah la jugak kalau tak pandai membuat ikatan memasang pasak ataupun dikenali sebagai anchoring yang menggunakan ikatan tindih kasih berganda (double-bowline) dan juga cara penjagaan serta penyimpanan tali dengan menggunakan eight coil.
Selepas makan tengah hari, kami bersiap sedia untuk aktiviti 'solo camping'. Aktiviti ini memang mencabar fizikal dan minda, kerana setiap pelajar akan ditinggalkan disatu-satu tempat dan dikehendaki membuat khemah dan memasak makanan sendiri. Perjalanan dari Kem Pueh ke tempat atau tapak 'solo camping' terasa jauh kerana cuaca yang panas serta bebanan barang yang dibawa dan ianya cukup menguji fizikal dan mental kami.
Sesampai kami di tapak pusat untuk aktiviti solo camping, kami diberikan 'bilik-bilik istimewa' masing-masing. Maka, tinggal la kami bersendirian di tapak yang telah diberikan. Saya pula memulakan aktiviti membersihkan sekitar kawasan khemah serta saya juga menghidupkan api sebelum matahari terbenam. Saya tak pasti pukul berapa kerana segala jam tangan kami tidak boleh digunakan dan ianya disimpan oleh pensyarah. Tetapi yang pasti hari memang sudah hampir lewat petang, lagipun pokok-pokok di dalam hutan menghalang cahaya daripada memasuki ke lantai hutan dan ini menyebabkan hari semakin gelap. Saya berjaya menghidupkan api dengan sekali percubaan. Kami diberikan hanya 3 batang mancis sahaja, sekiranya ketiga-tiga mancis telah digunakan maka pandai-pandai la mencari alternatif lain.
Pada petang itu juga setelah selesai memasang khemah, saya menyediakan makanan untuk makan malam. Saya membuka bungkusan plastik yang mengandungi makanan yang diberikan kepada kami sebelum bertolak tadi yang mengandungi beras, sardin dalam tin, seekor ikan selar, maggie, telur masin, limau, biskut, air mineral, garam, gula, teh, nescafe 3 in 1, dan krim sapu untuk menggelakkan diri dari gigitan nyamuk.
Saya hanya masak maggie dan ikan bakar untuk makan malam, saya juga makan biskut. Tidak pula terasa lapar untuk makan pada malam tersebut. Beras yang dibekalkan saya masak pada keesokkan paginya. Pada petang itu juga saya mencari sebanyak yang mungkin kayu untuk dibuat unggun api nanti. Sepanjang malam, memang menyeronokkan kerana bermain dengan api dan saya juga kekurangan kayu api pada malam tersebut. Selamat la, pensyarah dan jurulatih datang menjenguk kami diawal malam tersebut dan menolong saya mencari kayu api. Sekali lagi di awal pagi lebih kurang jam 4 pagi, pensyarah & jurulatih datang melawat dan membantu serta memberikan kami kayu api untuk dibakar. Perjalanan pada malam itu terasa singkat kerana saya merasakan begitu cepat malam itu berlalu. Kenangan solo camping tetap terpahat diingatan dan merupakan pengalaman yang cukup indah untuk dikongsi bersama rakan dan anak murid saya nanti.

Pagi ini kami berkumpul di pusat solo camping kerana selepas ini kami akan melakukan pula aktiviti orienteering

Bergambar kenangan di hadapan pintu masuk Kem Pueh, Lundu.Kami sampai di Kem Pueh pada jam 12.15 tengah hari dan merupakan kumpulan pertama yang sampai iaitu Kumpulan Daun Sirih. Pensyarah yang mengiringi kami ialah Pn. Puspaleela, En. Wahid Bujang dan Pn. Florina.

'Malam Mesra', kami membuat persembahan berkumpulan serta nyanyian karaoke oleh setiap guru pelatih, pensyarah dan jurulatih.

'Malam Mesra' diadakan pada 14 Mei 2009, sebagai meraikan kejayaan kami mengharungi pelbagai aktiviti yang cukup mencabar dan kami begitu gembira kerana berjaya kesemua aktiviti tersebut dengan jayanya. Terima kasih kepada pensyarah, jurulatih, penilai luar dan sesiapa juga yang terlibat dalam program amali pendidikan luar di Kem Pueh, Lundu.

Sunday 17 May 2009

SuKaN RaGaM

Sukan Ragam untuk semua pelajar KPLI di IPGM Kampus Batu Lintang, Kuching diadakan pada 16 Mei 2009, di padang kampus. Pada 15 Mei 2009, kami baru pulang dari Kem Pueh dari mengikuti ujian amali Pendidikan Luar.

Sebelum bermulanya sukan ragam, kami berkumpul dahulu di gelanggang bola keranjang.

Terdapat pelbagai jenis permainan sukan ragam yang perlu diikuti oleh setiap peserta. Setiap kumpulan KPLI perlu menampilkan 1 permainan, contohnya kumpulan KPLI PJ membuat permainan menendang bola ke dalam gol, namun sebelum menendang bola tersebut setiap peserta perlu berpusing 1 pusingan disekitar skitel kemudian berlari dan terus menendang bola untuk masuk gol. Nama permainan ini ialah 'Pening-pening Bola', sebab dah berpusing kat skitel tu jadi pening sikit la nak tendang bolanyer..hehehheee...

Inilah golnyer... tapi tak der la orang jaga macam kat dalam gambar nie. tuu sajer jer gimik nak bergambar..heehhee...


Inilah permainan yang diberi nama 'pening-pening bola' yang berada di stesen guru pelatih KPLI


Hari ini memang berjemur sikit laaa...cuaca memang baik dan panas terik. Tapi memang berbaloi laaa, KPLI PJ banyak membolot hadiah utama. Hadiah untuk peserta wanita yang mendapat markah paling tinggi dimenangi oleh Jeanna (KPLI PJ) dan peserta lelaki yang mendapat markah paling tinggi juga dimenangi oleh KPLI PJ iaitu Jusine. Manakala hadiah utama (tempat pertama) untuk acara sukan ragam KPLI 2009 dimenangi oleh kumpulan KPLI PJ...horeyyyy...seronok dapat hamper besar-besar. Hadiah ini hasil kutipan duit dari setiap peserta RM 5.

Gambar kenangan bersama Tuan Haji dan Cikgu Abang bersama kumpulan KPLI PJ 09

Bergambar bersama Cikgu Puspaleela dengan guru pelatih KPLI PJ 2009 yang memenangi tempat pertama untuk Sukan Ragam 2009

Selepas dapat hadiah, kami pun apa lagi bukak hadiah tersebut dan makan kat kantin. Banyaknya laaa makanan...kenyang betul...

Dikantin...

Tamat la sudah permainan sukan ragam untuk KPLI 2009...

Saturday 16 May 2009

Ujian Amali Pendidikan Jasmani

Ujian Amali Pendidikan Jasmani diadakan pada 27 April (Isnin) sehingga 30 April 2009 (Khamis). Pada 27 April 2009 kami menjalani ujian amali Olahraga iaitu lari berganti-ganti di Padang Jubliee, Kuching. Awal pagi kami telah menyiapkan perkakas serta alatan untuk larian berganti-ganti, dan terus bertolak ke stadium padang jubliee.

Ketika nombor dipanggil iaitu '52', tibalah giliran saya untuk memulakan larian berganti-ganti dengan pasangan saya iaitu Norazlin

Sesuatu yang penting ketika berlari berganti-ganti ini ialah teknik yang betul bermula dari peringkat nombor dipanggil sehingga lah kita berlari kegarisan penamat. Biarpun berlari lambat tetapi teknik haruslah betul, baru ada markah.
Sempat berposing lagi tu...sebelum ujian bermula.
Selesai kesemua guru pelatih mengikuti lari berganti-ganti, kami pun pulang ke IPGM Kampus Batu Lintang semula dan akan mengikut acara yag seterusnya iaitu 'Lontar Peluru'.

Pada petang 27 April, kami menjalani ujian 'Bola Tampar'. Bola tampar nie nampak senang, tapi kena la ada teknik jugak, tu yang susahnyer. Tapi apa pun semua guru pelatih berusaha untuk buat yang terbaik.
Keesokkannyer 28 April 2009 (Selasa), kami menjalani ujian permainan 'Hoki', selesai sahaja permainan hoki kami diuji pula dengan 'Gimnastik Artistik' bertempat di Gimnasium. Gimnastik artistik, kami diuji dengan 'Lombol Kangkang', 'Dirian Kepala' dan 'Gulingan Hadapan'. Paling mencabar ialah lombol kangkang...
Selesai kami ujian gimnastik artistik, kami membentuk piramid pulaaa... saya kat bawah sekali, boleh tahan jugak beratnya. Selamat la guru pelatih perempuan hanya ada 7 orang sahaja, kalau ramai, bertambah laaa bebanan..huii..heeee...

Lama la pulak, siap bergambar lagi tu...

1...2...3...ROBOHHHHHHH... aduhhh...jatuh tersungkur

Piramid kumpulan lelaki pulak...

Selesai Gimnastik artistik, kami ada ujian Kecergasan Fizikal pula. Antara yang diuji dalam kecergsan fizikal ialah Angkat Tubi bervariasi (5 Variasi), Tekan tubi, Jangkauan Melunjur, Larian Pecut, & Lompat Kijang.

Hebat kawan saya nie melompat...
Seterusnya acara yang ditungu-tunggu larian 2.4km, semasa kami berlari untuk larian 2.4 km sememangnya matahari terpacak di atas kepala iaitu pada jam 12.30 tengah hari. Aduhhh.... ponat den berlari...saya pulak giliran kumpulan yang kedua berlari, so bermula larian lebih kurang pada jam 1 petang. Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk larian 2.4km kerana, seorang akan berlari dan seorang rakannya akan mencatatkan masa.
Nampaknyer, ujian amali ini hanya mengambil masa selama 2 hari sahaja daripada yang dijadualkan sebelumnya. Maka untuk keesokkannya kami kena la pergi kelas, tetapi memandangkan esok dan lusa adalah jadual untuk Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), jadi esok saya hanya pergi ke sekolah, iaitu sekolah Astana. Bagi guru pelatih yang lain, mereka pergi ke sekolah yang telah ditetapkan untuk melakukan PBS.

Friday 15 May 2009

PROGRAM AMALI SEMBELIHAN





Bergambar di perkarangan masjid, khemah tu tempat memasak. Masa nie belum mula lagi sembelihannya.


25 April 2009 (Sabtu) di perkarangan Masjid, diadakan program amali sembelihan. Program ini untuk matapelajaran pendidikan Islam. Semua pelajar Islam KPLI dimestikan untuk melakukan sembelihan ini.

Pendaftaran diadakan jam 7.30 pagi dan sarapan disediakan. Ayam yang hendak disembelih dah pun tersedia di perkarangan masjid. Banyak juga ayam-ayamnya.



Ketika melakukan sembelihan dibantu oleh ustaz dan rakan saya Surianto. Terketar-ketar lak, takut pun ada jugak. Ada yang menangis selepas melakukan sembelihan, ada yang ketika melakukan sembelihan muka berpaling ke tempat lain... sebab rasa takut dan kesian kot.


Mazlan dan Surianto dengan ayam sembelihan masing-masing, ayam yang disembelih kena la bersihkan bulu-bulunya juga.

Ayam yang sedia untuk dipanggang. Antara menu utama untuk ayam yang disembelih ini ialah sup ayam, ayam goreng berempah, dan nasi minyak. Ada juga dibuat ayam panggang dan ayam pansuh (ayam yang diletak dalam buluh dan dibakar).


Sedia menjamu selera...

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...